Pengguna boleh terus mengakses aplikasi MyJPJ tanpa perlu log masuk menggunakan akaun MyDigital ID mereka selepas 10 Oktober, kata Kementerian Pengangkutan, petik Free Malaysia Today.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan bahawa notis pop-up yang ada pada aplikasi MyJPJ bukanlah pengumuman rasmi.

Baca Juga:

“Saya sudah pun mengarahkan supaya notis pop-up itu dikeluarkan, kerana tiada keputusan dibuat oleh kementerian, katanya pada sidang media tergempar di Putrajaya hari ini.

Beliau telah mengadakan perbincangan dengan wakil dari MyDigital ID hari ini, di mana mereka bersetuju mengenai keperluan menyepadukan sistem pengenalan digital dengan aplikasi MyJPJ dapat berjalan lancar.

“Kami akan mengambil masa untuk penyepaduan bahagian belakang bagi memastikan pra-kelulusan dapat diproses dengan lebih mudah, membolehkan pengguna memuat turun MyDigital ID dengan lebih cepat dan cekap.

“Kami akan memantau perkembangan dan membuat pengumuman dari semasa ke semasa untuk memastikan log masuk yang lebih mudah dan selamat pada masa hadapan,” katanya lagi.