Sebelum ini, video Khairulaming ‘review’ makan croissant bersama air coklat panas di Paris telah menjadi perbalahan netizen apabila ada yang mempertikaikan status halal restoran tersebut.
Lantaran video tersebut, ramai orang teringin untuk mencuba makan croissant bersama air coklat dan whipped cream. Terbaharu, Khairulaming telah berkongsi minuman yang dia ‘custom’ di Starbucks seperti yang dia nikmati di Paris.

Baca Juga:
- Netizen Berbalah Isu Halal Roti Selepas Khairulaming Kongsi ‘Review’ Makan Croissant Di Paris
- Niat Mahu Ajak Netizen Mengundi, Khairulaming ‘Terkedu’ Dengan Gurauan Peminat Sambal Nyet
- ‘Banyak Dia Habis Ni’ – Ejen Hartanah ‘Review’ Rumah Mewah Shuk Sahar Bernilai RM1.2 Juta
@khairulaming Sama tak croissant cicah hot chocolate dekat Starbucks dengan yang dekat Paris? jom kita try 😁 #makanlokal #hello2023
Menerusi perkongsian terbabit, Khairulaming telah menunjukkan minuman coklat panas ‘custom’, whipped cream dan juga croissant. Menurutnya, minuman tersebut tidaklah pekat seperti yang dia nikmati di Paris tetapi masih lagi sedap untuk dicuba.
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen ‘teracun’ untuk mencuba minuman itu. Malah, segelintir netizen juga mahu pihak Starbucks bersedia untuk mereka serbu membuat pesanan tersebut.
Good luck to all starbucks barista Malaysia 🥶 https://t.co/JJwlEdBG2O
— 𝗭𝘂𝗹 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹 𝗙𝗩𝗥🥤 (@zulismailfvr) December 12, 2022
Ni akan jadi viral punya semua orang nak hot chocolate wirh croissant lepasni 😌😌 sejak dia pegi paris lagi haritu aku rasa confirm viral haha https://t.co/xVTdynb3F1
— 𝘧𝘢𝘵𝘪𝘺𝘢 𓆩♡𓆪 (@signorinasufia) December 12, 2022
Bukan itu sahaja, ada juga netizen mengatakan pasti barista Starbucks tidak menang tangan selepas video ini tular di media sosial. Anda bolehlah ke cawangan Starbucks terdekat anda jika mahu cuba minuman dan croissant ini.