Media Korea Selatan mendedahkan bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon bakal kembali ke negaranya sertai kelab K-League, Ulsan HD.
Menurut laporan xsportnews, beliau merupakan calon utama bagi menggantikan tempat Hong Myung-bo yang dilantik sebagai Ketua Jurulatih Korea Selatan minggu lepas.

Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Pan Gon baru sahaja mengumumkan perletakan jawatannya sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya sekaligus menguatkan lagi khabar angin mengenai destinasinya ke K-League.
Ulsan HD are set to appoint Kim Pan-gon as the new manager of the team. (Xports News) #kleague pic.twitter.com/op6BPqdEy6
— Korea Football News (@KORFootballNews) July 16, 2024
Ulsan HD atau nama lamanya, Ulsan Hyundai FC merupakan juara K-League sebanyak 4 kali dan pernah menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) di peringkat kumpulan saingan ACL.
Khidmat Kim Pan Gon diperlukan oleh Ulsan HD berdasarkan pengalaman luas jurulatih itu di pentas antarabangsa kerana kelab tersebut bakal mengharungi saingan AFC Champions League Elite (ACLE) musim ini.
Ulsan HD bukanlah asing bagi Kim Pan Gon kerana beliau pernah beraksi sebagai pemain pada tahun 1992 hingga 996 sebelum berhijrah ke Hong Kong menyertai Rangers pada 2004.
Pan Gon juga memiliki pengalaman melatih dua kelab Korea, Busan I’Park dan Gyeongnam FC dan kemudian mendapat tawaran menjadi pengurus South China AA (Hong Kong), skuad B-23 Hong Kong dan skuad kebangsaan Hong Kong.
Para peminat bola sepak tempatan menyifatkan ketiadaan Kim Pan Gon merupakan satu kehilangan besar kepada negara kerana beliau banyak membantu skuad Harimau Malaya mencapai beberapa keputusan positif di pentas antarabangsa.
Antara keputusan dramatik yang paling diingati oleh peminat ialah kemenangan 4-3 ke atas pasukan di ranking 97 dunia, Kyrgyzstan ketika perlawanan pertama Kelayakan Piala Dunia 2026 dan bangkit mengikat pasukan gergasi, Korea Selatan 3-3 dalam saingan Piala Asia 2023 di Qatar.
Malah, Harimau Malaya turut mengikat pasukan di tangga 92 dunia, Syria 2-2 dan seri 1-1 dengan China (79 dunia) ketika aksi persahabatan di gelanggang lawan pada tahun lepas.
Sebagai rekod, antara pencapaian Pan Gon adalah berjaya melonjakkan skuad kebangsaan sehingga menghuni ranking ke-130 dunia selain berjaya membawa Malaysia mara ke Piala Asia 2023 secara merit serta naib juara Pestabola Merdeka 2023.