Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon tekad memastikan Malaysia membalas dendam terhadap kekalahan 0-2 kepada Oman pada aksi Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 202 di Muscat, awal pagi tadi.
Justeru itu, beliau dan barisan jurulatih akan menyusun strategi terbaik apabila Malaysia berentap sekali lagi menentang Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 26 Mac ini.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Kes ‘Scam’ Salah Bank Atau Diri Sendiri? Ini Cara Untuk Elak Jadi Mangsa Yang Seterusnya
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
“Kami perlu mengkaji semula corak permainan dengan pantas, cepat pulih dari segi fizikal dan bersedia untuk satu lagi perlawanan di gelanggang sendiri.
“Kami akan cuba sedaya upaya untuk menampilkan persembahan yang lebih baik,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.
Harimau Malaya perlu manfaatkan kelebihan di tempat sendiri dengan sasaran mengutip tiga mata penuh untuk mencerahkan peluang layak ke Piala Asia 2027 secara automatik.
Berdasarkan kedudukan terkini kumpulan D, Malaysia berada di tangga ketiga dan terikat 6 mata yang sama dengan pendahulu kumpulan, Oman dan Krgyzstan di tempat kedua.
“Kalau kita nak pergi ke pusingan 18 terbaik, saya fikir aksi selepas ini kita wajib meraih mata dan cuba lakukannya. Kita harus percaya peluang masih ada, di mana kita masih ada lagi tiga perlawanan dan fikir positif untuk baki aksi berikutnya.
“Bagi saya, pemain sudah berikan segala-galanya dengan beri aksi bertenaga. Kita kena segera lihat kembali cara kita bermain dan pulihkan kembali kecergasan fizikal bagi persediaan perlawanan di tempat sendiri nanti.
“Kami masih ada satu lagi perlawanan dan pasukan akan membuat persiapan sebaik mungkin untuk berikan sesuatu,” katanya seperti dipetik dalam Arena Metro.