Nota Editor: Kisah ini telah dikirim oleh Al Irfan Jani khas untuk disiarkan di TheVocket.com. Kami ucapkan terima kasih atas perkongsian exclusive ini. Semoga ia membawa kebaikan dan juga teladan terutama buat para guru dalam menghadapi kerenah pelajar di sekolah.

Entah kenapa, hari tu monyok lesu anak-anak didiku kali ini. Kalau seorang tu mengantuk di depan, di hujung sana pun berjangkit. Sesekali saya izinkan mereka minum, atau ke bilik air basuh muka, namun tak berkesan.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

“Ok, lah. Buat penat je paksa-paksa orang, kan. Siapa nak tidur, silakan. Saya tidak kisah. Asalkan jangan kacau kawan sebelah.”

Teringat dulu sewaktu di Jepun, pelajar kolej seakan tidak ‘berdosa’ bawa bantal ke dewan kuliah. Ada tu siap berselimut bagai. Pensyarah memang tak bising pun. Sebab dah semacam lumrah di sana, anak murid yang tidur TIDAK dianggap salah laku atau biadap, tapi adalah kerana salah gurunya yang tak pandai mengajar.

Maka, saya ‘admit’ lah, sekarang ni saya sebagai guru, bersalah, membuatkan anak murid tertidur di dalam kelas.

Sebab bosan punya pasal, saya pun saja nak bercerita:

“Sambil-sambil tidur tu, saya nak cerita sejarah asal-usul Cikgu Muten, aka Cikgu Kame, iaitu ‘kura-kura’. Eh, korang kenal ke?”

“Ohh, yang Dragon Ball tu. Nak! Nak, cikgu!”
“Haha, Cikgu Muten yang ‘miang’ tu.”
“KAME HAME HA!!! Hahaha!”

Nampak!!  Terus tak jadi tidur bebudak tu. Tak pasal-pasal celik dia.

“Sebenarnya, saya bukan nak cerita asal-usul watak kartun Cikgu Muten dalam anime. Tapi, ini sejarah dari mana idea watak itu diambil dari sebuah kisah legenda Jepun.”

Itulah mukadimah kisahku, si penglipur-lara.

dragon-ball-2

“Ada satu hari tu, seorang pemuda, namanya Urashima Taro, dia nampak beberapa orang kanak-kanak membuli dan mendera kura-kura di tepi pantai. Dia pun cepat-cepat menghalang, dan selamatkan kura-kura itu.”

“Atas tanda terima kasih, beberapa hari kemudian, kura-kura itu kembali ke pantai, dan mengajak Taro mengikutnya ke Istana Naga, istana di bawah laut, atas jemputan dari Permaisuri Kura-kura. Setelah bersetuju, Taro pun duduk atas badan kura-kura tu, dan ikut menyelam.”

“Sewaktu tiba di Istana Naga, Taro tertarik dengan kebaikan Permaisuri. Ada riwayat mengatakan Taro berkahwin dengan Permaisuri Kura-kura.”

“Kahwin dengan kura-kura? Eeeiii… selera ke?” seorang anak murid mencelah. Ketawa kami beramai-ramai.

“Lepas tiga bulan di dalam laut bersama Permaisuri, Taro rasa rindu nak pulang ke pantai. Dia rindu dengan ibu bapanya. Namun, hasratnya dihalang permaisuri. Taro tetap bertegas.

Akhirnya permaisuri setuju, dia terpaksa melepaskan Taro pergi. Sebelum Taro bertolak, permaisuri hadiahkan sebuah kotak misteri kepada Taro. Kotak ini mesti dibuka setibanya dia di kampung halamannya.”

dragon-ball-3

“Sesampainya di darat, dia cukup hairan. Suasana kampungnya tak banyak berubah, walau dia yakin memang inilah kampungnya. Cuma, penduduk di situ seakan baru pertama kali dia temui. Wajah-wajah baru. Dia pun tak kenal mana satu ibu dan ayahnya, dan mereka pun tidak mengenali Taro.”

“Dengan perasaan yang kecewa, Taro teringat akan kotak yang dihadiahkan permaisuri. Dia pun membuka kotak itu. Tiba-tiba, tanpa diduga, Taro bertukar menjadi semakin tua. SANGAT tua. Dengan rambut dan janggut putih, kulitnya mengedut. Akhirnya, barulah Taro tersedar, rupa-rupanya dia telah meninggalkan kampung halamannya lebih ratusan tahun.”

“Begitulah kisahnya…” saya menutup cerita itu. Nampak ternganga masing-masing. “Jadi, apa yang boleh kita pelajari dari kisah ini, kawan-kawan?”

“Lain kali, jangan senang-senang je ikut orang ajak kahwin. Kena kenal dulu. Siasat latar belakang. Tanya mak ayah dulu.” Seorang pelajar perempuan bersuara.

HAHAHA dengan aku-aku sekali bergelak sakan.

“Moralnya, patutlah Cikgu Muten ni pandai buat Kame Hame Ha, dan kuat berkungfu. Badan dan wajah je tua, rupanya tenaganya masih muda,” seorang lagi mencelah. Bergelak lagi.

“Enggang tak boleh kawan dengan Pipit. Ayam tak boleh kawan dengan Helang. Manusia jangan nak mengada berkawan dengan jin” Ok, yang ini agak betul juga. Bijak.

Tanpa mengiya atau menidakkan idea mereka, saya juga turut berkongsi ibrah dari kisah ini.

“Moralnya, orang Melayu ni jangan pergi percaya dengan benda-benda karut ni. Sikit-sikit pergi puja, tarik nombor ekorlah, sembah kubur lah, khurafat semua tu. Tengok macam negara Jepun, mereka buat duit melalui watak yang dicipta dari kisah-kisah tahyul. Belajar pasal Hang Tuah, tapi kena fikir macam mana nak jual jadikan produk. Ini baru namanya ‘Culture & Creative Economic’, sejarah/budaya kita kait dengan pelancongan ke, pembuatan ke. Barulah buat duit.”

murid

“Cikgu, cikgu. Yang nenek rambut besar tu, kita boleh buat ‘kartun’ tak?” Wah, kemain. Jauh dah menyimpang dia ni.

“Ah, jangan nak mengada. Ambil yang betul-betul boleh buat untung saja.”

“Alaa… Tu Mamat Khalid tu boleh buat Hantu Kak Limah? Kaya dia kot…”

Oh. Saya akui. Anak-anak sekarang lebih bijak dari sangkaan kita.

Sekian.

BACA: Beza Cara Bercinta Budak Sekolah Zaman Dulu vs Zaman Sekarang

BACA juga: 33 Kenangan Manis Zaman Sekolah. #9 Dan #10 Paling Lejen

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram