Baru-baru ini salah seorang daripada penulis Vocket yang merupakan pelajar perubatan di Jordan telah berpeluang travel ke Beirut. Seorang yang suka mengembara, setakat ini beliau telah travel ke 19 negara.

Memandangkan Beirut adalah antara negara yang tidak begitu dikunjungi oleh rakyat Malaysia, maka Vocket telah memujuk beliau untuk berkongsi pengalaman sewaktu ke sana.

Ikuti temubual bersama Hariz Hazwan untuk mengetahui beberapa insiden yang telah berlaku sewaktu beliau ke Beirut.

beirut-7

Vocket: Hi Hariz. Boleh berikan sedikit latar belakang? Nama dan belajar di mana? Walaupun Vocket dah kenal Hariz tapi semestinya pembaca Vocket belum kenal, hehe.

Hariz: Nama saya Muhamad Hariz Hazwan Bin Mohd Zarir, pelajar jurusan Perubatan di Jordan University of Science of Technology.

Vocket: Hariz baru saja travel ke Beirut. Berapa hari ke sana dan pergi secara solo atau berkumpulan?

Hariz: Saya baru sahaja pulang dari trip solo ke Lubnan selama seminggu. Namun saya mempunyai kawan berbangsa Lubnan di sana dan kebanyakan waktu saya untuk trip kali ini dihabiskan di Beirut. Saya telah pun ke Lubnan 4 tahun lalu untuk tujuan hiking di Lebanon Mountain Trail bersama rakan-rakan pelajar yang lain.

beirut-5

beirut-6

Its true Beirut is unbelievably expensive, the internet connection is pretty bad, electricity is cut off for sometimes everyday, but even the cheapest (and really cheap) croissant in the pastry stand in the street of Beirut taste way wayyy better than the most expensive one here in Jordan.

Now I’m having priority problem – good croissant vs good internet.

Vocket: Boleh kongsikan pengalaman sewaktu di Beirut terutama dari segi suasana dan warga tempatan dari kacamata Hariz

Hariz: Sebagai seorang yang telah menetap agak lama di Timur Tengah dan telah melawati 8 negara-negara Arab, I have to say, Lebanon represent a curious and interesting case.

I find it very interesting to see the width of spectrum of Arab culture. And I have to say, Lebanon is definitely the most liberal Arab country as well as having the most cultural mix – due to the fact that the country is melting pot of different reli-gions, cultures and belief.

Di bahagian utara Lebanon kebanyakan rakyatnya adalah Kristian manakala di bahagian selatan kebanyakannya adalah Muslim (dan seperti yang anda tahu, menjadi kubu Hezbollah).

Contohnya, saya ke pantai di Tyre, adalah pemandangan biasa perempuan berbikini bersama perempuan berpurdah di pantai ter-sebut.

Anda juga boleh bergerak dari satu kawasan yang sangat konservatif ke kawasan yang sangat hedonistik dan penuh dengan bar kurang dari 15 minit perjalanan. Saya kira ianya sesuatu yang menarik.

Lebanon juga merupakan sebum negara yang cantik, berlatarkan gunung ganang, Gunung Lebanon di bahagian timurnya dan juga Laut Mediterranean di bahagian baratnya dan kaya dengan sejarah dan tinggalan lampau.

Tak lupa juga pada makanannya yang enak kerana rakyatnya sangat menitik berat akan perihal makanan. Saya rasa semua tahu akan Lebanese Foods, dan saya kira Lubnan adalah negara Arab yang mempunyai makanan paling sedap. Namun begitu, harus diketahui bahawa kos hidup di Beirut amatlah tinggi dan dalam sesetengah perkara amatlah tidak memadai harganya.

Juga terdapat banyak kesan perang, lubang-lubang kesan peluru di dinding-dinding bangunan di sekitar Beirut, dan bagi saya ianya agak menarik.

Oh sebagai seorang lelaki normal, saya juga harus nyatakan yang perempuan-perempuan Lebanon rata-ratanya amatlah cantik.

beirut-8

beirut-9

Vocket: Bagaimana pula kehidupan sosial masyarakat di sana dari pengamatan Hariz sewaktu berkujung ke Beirut?

Hariz: Seperti yang saya sebutkan di atas, Lubnan tidaklah seperti negara-negara Arab yang lain. Kehidupan sosial di Beirut pada pengamatan saya jauh lebih terbuka berbanding negara Arab yang lain.

Sebagai contoh, saya ada melawat protes kepada kerajaan di sana dan amatlah menjadi kebiasaan untuk golongan muda-mudi lelaki dan perempuan berkenalan satu sama lain dan bertukar nombor telefon di tempat protes – sesuatu yang mustahil berlaku di kebanyakan negara Arab lain.

Beer bukanlah perkara yang asing di setiap kedai runcit di seluruh Beirut dan kebanyakan warganya amat menggemari muzik.

Menurut rakan saya warga Lubnan, workplace affair juga bukanlah sesuatu yang jarang berlaku. Namun, memanglah saya tidak dapat mengeneralisasikannya kerana harus diingat, Lebanon juga merupakan negara kepada Hezbollah.

Lagi satu perkara yang amat penting adalah saya menjadi lebih ‘invisible’ dan tenggelam ketika berada di Beirut berbanding ketika berada di bandar-bandar Arab yang lain dan ini membuatkan saya lebih selesa.

beirut-14

beirut-13

Vocket: Adakah terdapat ramai pelawat dari Eropah turut travel ke Beirut?

Hariz: Ya, sepanjang saya di sana, saya turut menemui ramai pelawat dari Eropah dan seluruh dunia. Namun kebanyakan daripada mereka tinggal di sana samada untuk tujuan kerja mahupun pendidikan seperti mengambil kelas bahasa Arab.

Vocket: Boleh kongsikan tempat-tempat menarik yang sempat Hariz kunjungi di Beirut?

Hariz: Pada kunjungan saya kali ini ke Lubnan, saya tidaklah banyak melawat seperti yang sebelumnya, namun saya sempat ke Batroun, Byblos (Jbeil), Saida, Tyre dan sekitar Beirut.

Pada lawatan pertama saya dulu, saya sempat singgah di Tripoli yang amat terkenal dengan manisan mereka dan juga hiking di Lebanon Mountain Trail di Bcharre, pekan kepada penyair Arab yang sangat tersohor Gibran Khalil Gibran.

beirut-5  beirut-1

beirut-11

So, in 3 days my ATM card got sucked in the ATM machine twice in Beirut.
I didn’t know that my ATM card is that desirable here in Beirut.

Vocket: 2 kali kad ATM Hariz kena telan di Beirut. Apa yang terjadi sebenarnya dan adakah berjaya di atasi?

Hariz: Hahah! Pertamanya, haruslah diketahui bahawa di Lubnan, tidak seperti di Malaysia ataupun negara lain, wang keluar terlebih dahulu di ATM sebelum kad.

Kali pertama, saya terlupa akan kad saya kerana tidak biasa dengan perkara ini. Petang tersebut saya kaget setelah menyedari kehilangan kad.

Keesokan harinya saya terus ke bank dan try to figure out if I left my card at the ATM. Of course, they were all unhelpful by saying saya kena tunggu lagi 4 jam baru mesin boleh dibuka, dan jika dibuka saya tidak akan dapat terus kad tersebut.

Saya tidak berpuas hati, saya menemui pegawai kedua, dan pegawai kedua memberitahu saya, mesin ATM sudahpun dibuka pada pagi tersebut dan tiada kad dijumpai.

Akhirnya, saya menjumpai pegawai ketiga, dan cuba yakinan beliau untuk membuka mesin pada waktu tersebut juga, dengan menyatakan saya akan pulang keesokan harinya dan tidak ada tempat tidur pada malamnya kerana ketiadaan wang.

Beliau akhirnya akur, dan membuka mesin tersebut dan alhamdulil-lah kad saya ada dijumpai. Setelah menunggu kelulusan selama 2 jam, akhirnya beliau menyerahkan kad ATM kepada saya.

Keesokan harinya, saya cuba mengambil wang pula di mesin ATM lain dan terkejut kerana mesin menunjukkan wang saya hanya tinggal 50,000 Lebanese Lira (bersamaan 30USD).

Kerana tidak berpuas hati, saya memasukkan kad saya untuk kali kedua. Mesin akhirnya stuck dan freeze, dan kad saya ditelan untuk kali kedua.

Saya cuba mendapatkan kembali kad saya pada keesokan harinya (kerana ianya hari cuti), namun malangnya, kad saya stuck di mesin ATM yang bukan berada pada branch, maka prosedurnya lebih ketat dan memakan masa seminggu sekurang-kurangnya.

Sekarang saya telah pulang ke Jordan dan membuat kad ATM baru di sini dan telahpun batalkan kad pertama.

Vocket: Boleh kongsikan sikit kisah di sebalik protes dan aksi selfie lagak berani lelaki dari Asia ni? Hehe.

beirut-15

Selfie with police guarding the Parliament in Beirut protest.

Untuk selfie ni saya tak tipu la, memang cuak. Takut dua-dua pihak marah, polis dan juga demonstran (sebab saya ambil selfie dengan polis!)

Hariz: Hahah! Mungkin sesetengah pembaca telah pun mengetahui bahawa terdapat demonstrasi dan protes di Beirut sekarang ini (ketika gambar di atas diambil, telahpun masuk hari ke 11 dan demonstrasi belum lagi berhenti).

Ini kerana rakyat tidak berpuas hati akan korupsi oleh kerajaan mereka and the dissapoinment was exacerbated by the most recent government’s failure in solving garbage and waste disposal problem.

Kali pertama saya tiba ke demonstrasi adalah pada malam pertama, sekitar 9 malam bersama rakan saya yang bersungguh-sungguh mahu menyertai demonstrasi tersebut.

Saya secara semulajadinya memang curious untuk melihat apa yang berlaku, namun saya juga tidak ada pilihan lain kerana ketika itu kami baru tiba di Beirut dari Tyre, dan harus melalui kawasan demonstrasi.

Ketika kami tiba, keganasan demonstrasi berada pada kemuncaknya, saya dapat dengar berdentum-dentum bunyi tembakan. Peluru ditembak ke langit dan terdapat banyak red flare.

Para demonstran berlari disembur oleh penyembur dan terdapat banyak bom asap dilontarkan oleh pihak polis. Malah ada satu bom asap yang jatuh hampir dengan saya sebelum saya lari.

Memang masa tu keadaan macam dalam warzone. It was an interesting experience seeing that, dan saya malu nak mengaku pada semua orang, tapi as a bit of adrenaline junkie, I kind of enjoyed the experience.

beirut-4

beirut-16
Kredit gambar: Michel et Colette

This picture capture huge part of my take and perspective on Beirut – city of beauty and struggle.

Tapi jangan risau, saya cuba sedaya upaya mengambil langkah keselamatan dan telah bersama dengan seorang wartawan Al Jazeera yang sentiasa mendapat update akan situasi terkini.

Malangnya, saya menggunakan iPhone, maka saya tidak dapat merakam apa yang berlaku. Demonstrasi asalnya bermula dengan tenang pada pukul 6 petang, jadi keesokan harinya, saya cuba meninjau keadaan ketika tenang.

Lagipun tempat demonstrasi hanya 5 minit sahaja berjalan kaki dari hotel saya dan kad ATM saya dah stuck, memang tak dapat buat benda lain la!

Baca: Keindahan Syria Satu Ketika Dulu Sebelum Perang

beirut-18

beirut-3

beirut-2

Vocket: Boleh berikan beberapa tip khas untuk rakyat Malaysia yang ingin berkunjung ke Beirut? Adakah perlukan visa, tempahan hotel. Bagaimana pula dari segi pengangkutan, makanan dan aspek keselamatan?

Hariz: Pertamanya – visa tidak diperlukan. Terima kasih kepada Kementerian Luar Malaysia yang menjalankan kerja dengan baik. Tempahan hotel adalah disarankan terutamanya di Beirut pada musim panas kerana kebanyakan bilik habis ditempah.

Dari segi pengangkutan agak menarik, kerana terdapat 2 jenis kenderaan awam di tengah Beirut – iaitu van dan kereta sewa. Van berkos 1000 Lebanese Lira (0.70USD) dan kereta sewa pula, terdapat 3 sistem.

Anda perlu memberitahu kepada driver samada “servis” (2000LL) atau “servisein” (2 servis – 4000LL) ataupun “taxi”(10,000LL).

Sekiranya anda memberitahu servis, ini bermakna anda memilih untuk berkongsi kereta dengan penumpang lain, dan jaraknya tidaklah terlalu jauh.

Dan untuk jarak yang lebih jauh anda boleh memilih servisain (juga berkongsi kereta dengan penumpang lain) ataupun taxi. Perkara ini dipersetujui antara anda dan pemandu kereta tersebut.

Manakala, untuk perjalanan lebih jauh keluar Beirut mencecah sejam atau 2 jam perjalanan, tambang untuk van atau minibas pula hanyalah 2000LL (1.4USD).

Bagi saya, Lebanon merupakan negara Timur Tengah yang dikurniakan dengan makanan yang enak, namun harus diingat harganya agaklah mahal.
Untuk aspek keselamatan? Saya rasa just follow common sense.

beirut-12

beirut-10

beirut-19

Note to self in Lebanon: When really nice and super friendly old men mention that he’s single, you need to slowly and politely retract yourself from the conversation.

Vocket: Ada peristiwa lucu atau agak ngeri yang berlaku di sepanjang kunjungan Hariz ke Beirut yang ingin dikongsikan?

Hariz: Tak pernah dalam hidup saya ramai betul orang tua LELAKI cuba nak mengorat saya dalam tempoh yang singkat. Atau pun memang sebelum ni saya tak pernah perasan dan kali ni, ada kawan saya yang pointed out yang orang-orang tua ini tengah mengorat saya.

Lagi pula, setakat pengalaman saya adalah perkara biasa orang tempatan friendly dan baik hati dengan orang asing seperti saya. Memang pelik dan confusing dalam masa yang sama, tapi I try my best to not be rude in retracting myself from them.

But I have to say, they’re very good in getting my number, that I didnt realise its happening, I just wish I have their mad skill hahah!

Antara perkara kelakar lain yang selalu berlaku adalah ramai dari warga tempatan yang konfius jika saya seorang Arab kerana bertutur dalam Bahasa Arab dengan agak baik dengan mereka. Seronok tengok orang confuse ni.

beirut-17

Di Beirut jadi garage.

Apparently not only Tunisians are confused if I’m an Arab or not (they were always guessing if I’m Lebanese)

Today, a Lebanese thought I’m sort of half Lebanese while on another occasion two Lebanese thought I might be some sort of Arab, “yumkin min Masr aw min bilad ttani (maybe Egyptian or from other countries)” according to them.

Terima kasih kepada Hariz kerana sudi berkongsi kisah pengembaraan yang menarik di Beirut bersama Vocket.

Baca lagi: Rupanya Iran Memiliki Keindahan Yang Memukau

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram