Kecoh sejak semalam di media sosial apabila TV3 telah melangsungkan Anugerah Juara Lagu (AJL) buat kali ke-35. Persembahan daripada para peserta secara tidak langsung turut mengundang kepada pelbagai respon daripada para netizen.
Dalam kemeriahan AJL35 semalam, persembahan Nabila Razali yang menjadi buah mulut netizen turut dikomen oleh penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun. Komen beliau mengenai nyanyian Nabila Razali yang dianggap melampau dan keterlaluan ini telah menarik perhatian para netizen untuk mengulas.
Tidak hanya para netizen, Dato’ Fazley Yaakob menerusi laman Facebook beliau turut menegur tindakan Hafiz Hamidun dengan memaklumkan untuk menghormati orang yang perlu diberi peluang untuk belajar berkali-kali meskipun sudah menjadi orang yang dihormati.
Pesanan beliau turut mendapat dipersetujui para netizen untuk tidak mudah menghukum seseorang serta mengucapkan tahniah buat Nabila Razali yang berani membawakan lagu Peluang Kedua di pentas akhir AJL35.
Untuk makluman, Hafiz Hamidun telahpun memadam komen ‘pedas’ beliau mengenai persembahan Nabila Razali sejurus selepas menjadi buah mulut para netizen dan selebriti.
Sementara itu, Nabila Razali mengakui persembahan yang dibuat pada AJL35 merupakan persembahan terbaik beliau.
Walau Terkucil Ketika Menyanyi ‘Live’ Di AJL35, Nabila Razali Akui Itu Persembahan Terbaik Beliau