Seorang pengguna jalan raya terpaksa bergerak ke tepi jalan untuk mengelak pertembungan dengan satu konvoi kecil VIP.
Menerusi video dimuat naik seorang pengguna Threads, ketika dia melalui satu selekoh terdapat sebuah kereta juruiring memotong barisan dengan memasuki lorong bertentangan.
Selepas kereta juruiring melepasi keretanya, ada dua lagi kenderaan, Proton X70 dan Mercedes mengekori di belakang.


Menurut pemandu tersebut, tindakan konvoi VIP itu membahayakan pengguna jalan raya lain.
Lebih-lebih lagi mereka memotong garisan berkembar di kawasan selekoh yang mempunyai pandangan jalan bertentangan yang terhad.