Salah seorang penyanyi iaitu Mark Adam menjadi perhatian ramai baru-baru ini apabila menjual sate bhalut yang mana menurut netizen dijual dengan harga yang agak mahal.
Dalam satu video yang dimuat naik di laman media sosial menunjukkan Mark menjelaskan jenis sate dan juga harga yang dikenakan kepada pelanggan yang mahu membeli.
Baca Juga:
- Dituduh Jual Sate Harga Is******, Mark Adam Tampil Berikan Penjelasan Dan Kira Kira
- Mark Milligan Bakal Sertai ‘Coaching Staff’ Malaysia
- Ini Kerjaya Mark Viduka Selepas 15 Tahun Bersara
“Sate kita saiz 30, besar. Untuk ayam berharga RM19.90, untuk sate daging berharga RM21.90, sate kambing berharga RM24.90. Sekali dengan air blue lemonade.
“Seperti yang saya kata sebelum ini, daging sate saya adalah daging daging yang premium. Di mana kita ambil daging-daging ini daripada kilang terkemuka yang menghantar daging sate ke restoran, hotel dan pada seorang chef selebriti terkenal,” katanya.
Baru-baru ini, gerak sate Mark di salah satu festival makanan mendapat ‘lawatan mengejut’ dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) dan penyanyi tidak menjangka serta terkejut dengan lawatan berkenaan.
“Saya tidak berada di sana, tetapi saya dimaklumkan oleh salah seorang pekerja saya tentang kehadiran mereka (KPDN) yang berada di sana untuk menyiasat harga. Bahan-bahan premium, seperti daging lembu dan kambing adalah dari New Zealand.
“Saya telah menjelaskan segala-galanya, jadi saya tidak risau langsung,” kata Mark.
Menurut Mark Adam, dia kini merancang untuk menghasilkan menu yang lebih murah bagi membolehkan pelanggan untuk membeli sate miliknya. Bagaimanapun, beliau tidak banyak mendedahkan menu yang mungkin dihasilkan.