First Instance Body (FIB) menjatuhkan hukuman kepada Kuala Lumpur City selepas semakan ke atas dokumen berkenaan caruman LHDN, KWSP dan Perkeso mengandungi maklumat tidak tepat.
Perkara ini diumumkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dimana dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini, semakan dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan melalui e-mel kepada FIB di mana agensi-agensi berkenaan juga tidak dapat mengesahkan kesahihan dokumen yang diserahkan oleh KL City kepada FIB sebelum ini.
Baca Juga:
- Belasah KL City, JDT Muncul Juara MPFL Divisyen 1 2024
- KL City Hutang Bayaran KWSP Cecah Ratusan Ribu Ringgit
- Atasi KL City, Hanya Jiwa & Mentaliti Menang Tunjang Kekuatan Pemain Gombak TOT United – Qusmaini
Maklumat ini jelas bercanggah dengan dokumentasi yang telah diserahkan kepada FIB sebelum tarikh akhir penyerahan dokumen kriteria kewangan pada 31 Ogos 2023 untuk lesen kebangsaan dan 31 Mac 2024 untuk lesen AFC.
Berdasarkan insiden sedemikian, perlu dinyatakan bahawa kelab bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyerahan dokumentasi serta integriti keseluruhan dokumentasi yang diserahkan kepada FIB.
“Dengan merujuk kepada MFL CLR 2023 bagi Lesen Kebangsaan dibawah artikel 2.4 “Licensing Sanctions”, hukuman dikenakan ke atas pasukan Kuala Lumpur City berdasarkan deklarasi tidak tepat / tidak benar adalah seperti berikut:
1. Hukuman Berdasarkan Lesen Kebangsaan
“Dengan merujuk kepada sub-kriteria F.04, tunggakan agensi kerajaan setakat 31 Disember 2023 perlu diselesaikan sebelum 30 September 2024. Sekiranya pihak KL City gagal menyelesaikan tunggakan tersebut secara bayaran penuh pada tarikh akhir yang ditetapkan oleh pihak FIB, kegagalan ini akan dibawa ke pihak FIB dengan merujuk kepada artikel 2.4 “Licensing Sanctions” untuk tindakan dan hukuman selanjutnya.
“Berdasarkan deklarasi tunggakan yang tidak tepat / tidak benar dengan merujuk kepada artikel 2.4 (c), (f) & (o);
• DENDA PEMOTONGAN MATA SEBANYAK 6 MATA
• DENDA SEBANYAK RM 50,000
• Larangan perpindahan pemain sehingga hujung musim 2024-2025
2. Hukuman Berdasarkan Lesen AFC
“Dengan merujuk kepada sub-kriteria F.04, deklarasi tunggakan bayaran gaji dan agensi kerajaan setakat 31 Disember 2023 yang perlu diselesaikan pada 31 Mac 2024. Setelah didapati bahawa serahan deklarasi Kelab kepada unit perlesenan kelab MFL melalui system AFC CLAS pada 29 Mac 2024 adalah tidak tepat / tidak benar, maka dengan merujuk kepada MFL CLR 2023 bagi Lesen AFC dibawah artikel 2.4 “Licensing Sanctions (d), (f), (n)” adalah seperti berikut:
• TIDAK DIBENARKAN untuk memohon lesen AFC selama dua kitaran Pelesenan kelab MFL (kitaran 2024-2025 dan 2025-2026)
• DENDA SEBANYAK RM 50,000
• Lesen AFC bagi pasukan KL City FC yang diluluskan oleh FIB untuk kitaran pelesenan kelab MFL 2023-2024 bagi musim AFC 2024-2025 DIBATALKAN
Selain itu, sekiranya perlu Ahli Lembaga Pengarah MFL juga boleh mengambil tindakan susulan ke atas kesalahan yang dilakukan oleh KL City FC ini.