Seorang pemilik stesen minyak hidup tak keruan selepas kucing peliharaannya telah diculik oleh seorang wanita yang datang ke stesen minyaknya.

Menerusi rakaman CCTV yang dikongsikan TikTok @ikhwxnniey seorang wanita dan anaknya masuk ke dalam stesen minyak yang terletak di Chabang Empat Chetok Emas, Pasir Mas ke Tanah Merah.

Kemudian wanita itu dilihat patah balik semula ke pintu hadapan dan ‘menculik’ kucing berwarna oren itu.

@ikhwxnniey._

Semoga oyen dapat kembali pada tuan asalnya🤲🏻🐈😪#viraltiktok #kucinghilang #oyenhilang😭 #fyp #fypシ #fypシ゚viral

♬ lagu sedih bikin nangis – Sihon oye

Hantaran video itu meraih pelbagai pendapat netizen. Ramai mengecam tindakan wanita itu yang menculik haiwan itu.

Pada masa sama ada yang berkata mungkin ‘pencinta kucing’ terbabit tidak mengetahui haiwan itu bertuan.

Menerusi kemas kini terbaharu, ‘Oyen’ sudah sudah ditemui semula dan meneruskan kehidupan seperti biasa di stesen minyak berkenaan.

Difahamkan semasa ambil ‘Oyen’ di rumah wanita tersebut, kucing itu diikat dan dikurung. Berat si comel gebu itu turut berkurangan.

@ikhwxnniey._

Alhamdulillah oyen dah jumpa🐈 #viraltiktok #fyp #oyennakal #oyendahjumpa #fypシ #kucing

♬ 呆萌小可爱 – ℉MUSI℃