Kelab ternama Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United telah memperkenalkan jersi ‘away’ terbaru mereka untuk musim 2024/25 yang nyata telah mencuri perhatian peminat di seluruh dunia.

Malah difahamkan menurut sumber laporan Goal, jersi yang turut sudah memasuki pasaran Malaysia itu telah memecahkan rekod penjualan kelab tersebut.

Baca Juga:

Di Malaysia, harga bagi ‘player issue’ adalah RM549 manakala ‘fan issue’ pula berharga RM329.

Penerapan ‘navy blue’ sebagai warna dominan serta rekaan segar dan penuh gaya, jersi ini menggabungkan unsur tradisional dan moden sekali gus memancarkan semangat dan identiti kelab yang cukup ikonik.

Jalur baharu ini direka bentuk dengan rupa retro yang sesuai dengan jersi tahun 1990-an, telah terbukti popular dalam kalangan peminat Red Devils.

Sehubungan dengan itu, ramai yang menganggapnya sebagai yang terbaik yang pernah dimiliki oleh kelab itu dalam beberapa tahun ini.

Jersi away musim ini menonjol dengan warna asas biru gelap yang elegan, memberi penghormatan kepada warna-warna yang pernah digunakan dalam sejarah kelab.

Manakala, di tengah-tengah jersi terdapat corak geometrik halus yang memberikan kesan visual yang menarik dan unik.

Rekaan ini diilhamkan oleh struktur ikonik Old Trafford dan jalan-jalan di sekitar Manchester dimana turut melambangkan tiga sungai iaitu Irk, Medlock dan Irwell yang mengalir melalui bandar itu.

Jersi ‘away’ ini akan digunakan buat pertama kali oleh skuad Manchester United pada perlawanan persahabatan bertemu Arsenal di Los Angeles, Ahad ini.

Sumber