Selang dua minggu selepas pertemuan Raisuddin bersama isterinya bertemu Adik Miza selaku kanak-kanak yang mempunyai rupa paras seakan arwah Siti Sarah, kini tiba giliran Shuib bersama Watie untuk menemui kanak-kanak ini.

Detik penuh bahagia dan sebak ini dikongsikan oleh isteri Raisuddin, Siti Fatimah Suberi atau lebih dikenali sebagai Makder  menerusi Instagram @suciuwais.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi pertemuan di sebuah kedai makan itu, dapat disaksikan Shuib seolah terpegun serta tidak melepaskan pandangan saat pertama kali melihat Adik Miza

Lebih membuat para netizen sebak, Shuib turut memanggil Adik Miza itu dengan panggilan ibu yang merujuk kepada wajahnya yang mirip dengan arwah Siti Sarah. Berikut merupakan respon netizen menerusi pertemuan dua insan ini.

Sumber: instagram @suciuwais
Sumber: instagram @suciuwais

Pertemuan yang melibatkan Shuib, Watie serta ahli keluaga yang lain ini turut membuatkan Makder berharap agar hubungan dua keluarga ini terus berkekalan.