Walaupun sering terpalit pelbagai kontroversi dan lama menyepi daripada dunia lakonan, pelakon Fatiya Latiff telah berkongsi keadaan terbaharunya di Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, Fatiya Latiff telah memuat naik sekeping gambar bersama fail kes di dalam sebuah bilik pejabat dipercayai di sebuah firma guaman di Petaling Jaya sekaligus memaklumkan kini beliau bergelar seorang peguam.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Untuk maklumat anda, Fatiya sebenarnya mempunyai kelulusan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakannya berjaya dalam apa juga bidang yang diceburinya dan mendoakan kebahagiannya.

Komen netizen di Instagram Fatiya Latiff

Malah, ada juga netizen berasa terkejut dan tidak sangka bahawa Fatiya sebenarnya mempunyai bakat dalam bidang selain lakonan.