Walaupun sering terpalit pelbagai kontroversi dan lama menyepi daripada dunia lakonan, pelakon Fatiya Latiff telah berkongsi keadaan terbaharunya di Instagram.
Menerusi perkongsian tersebut, Fatiya Latiff telah memuat naik sekeping gambar bersama fail kes di dalam sebuah bilik pejabat dipercayai di sebuah firma guaman di Petaling Jaya sekaligus memaklumkan kini beliau bergelar seorang peguam.
Baca Juga:
- Rasa Kena ‘Scam’, Selebriti Jepun Batal Rancangan Buka Salon Rambut Di PJ Selepas Labur RM1.89 Juta
- Dakwa Lagu ‘Cinta Buat Starla’ Dituju Buat Dirinya, Inara Rusli Mahu Tuntut Royalti
- ‘Hangat’ Dengan Isu Pengkid, Netizen Dakwa Wajah Enot Sudah Berubah
Untuk maklumat anda, Fatiya sebenarnya mempunyai kelulusan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakannya berjaya dalam apa juga bidang yang diceburinya dan mendoakan kebahagiannya.
Malah, ada juga netizen berasa terkejut dan tidak sangka bahawa Fatiya sebenarnya mempunyai bakat dalam bidang selain lakonan.