Pada akhir Ogos lalu, dunia hiburan digemparkan dengan berita pengarah dan pelakon Syamsul Yusof memfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar.
Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan lafaz cerai taklik Syamsul Yusof dan sah bercerai talak satu.
Baca Juga:
- Tak Ada Persefahaman Punca Syamsul Yusof Failkan Cerai Terhadap Ira Kazar
- Peguam Sahkan Syamsul Yusof Failkan Cerai Ira Kazar
- ‘Makin Cantik Sekarang’ – Setahun Menghilang, Kini Ramai Suka Ira Kazar
Memetik Harian Metro, kedua-duanya mengucapkan rasa syukur kerana sudah bercerai.
“Alhamdulillah, perceraian dan segala perbicaraan ini dah selesai. Perasaan saya, ‘no comment’. Alhamdulillah, semua selesai, saya cuma ‘no comment’,” kata Syamsul kepada Harian Metro.
“Alhamdulillah, dah selesai,” kata Ira Kazar pula.
‘Makin Cantik Sekarang’ – Setahun Menghilang, Kini Ramai Suka Ira Kazar
Sementara itu, peguam Syamsul, Azmi Mohd Rais berkata, mahkamah mendapati Ira melanggar taklik dengan memuat naik hantaran di media sosial sekaligus menjatuhkan talak ke atasnya.
“Alhamdulillah, kes perceraian lafaz taklik ini sudah selesai hari ini di mana, mahkamah mendapati Ira melanggar taklik. Taklik yang sekiranya dia memuatnaik sesuatu di media sosial, jatuh talak.
“Mahkamah sudah berpuas hati bahawa terdapatnya lafaz taklik dan mendapati Ira melanggar taklik itu dalam keadaan rela dan tanpa paksaan bermula 14 Ogos lalu.
“Ira sudah melanggar taklik sebanyak lima kali dan kali pertama pada 14 Ogos. Jadi, edah bermula dari tarikh itu.
“Di Gombak Timur, tidak perlu diteruskan lagi. Tapi, saya akan hadir pada 25 September untuk menarik balik dan Syamsul tak perlu hadir. Itu prosedurnya,” katanya.
Manakala peguam Ira Kazar pula, Mohd Fadhil Abd Razak mengucapkan terima kasih kepada mahkamah kerana menyelesaikan kes ini dengan segera hari ini.
“Hari ini, apa yang berlaku, mahkamah dah putuskan bahawa penceraian sudah berlaku di luar mahkamah antara pihak Syamsul dengan anak guam saya (Ira). Itu sahaja yang berlaku hari ini.
“Hari ini, fokus kita adalah berkaitan dengan pengesahan lafaz cerai. Jadi, keterangan sudah diambil dan keputusan sudah dibuat hari ini jam 10.30 pagi tadi. Jadi, terima kasih kepada mahkamah sebab selesaikan hari ini dengan segera.
“Hari ini dah jatuh talak satu. Jadi, kalau dah jatuh talak, kes cerai Seksyen 47 dah tutup. Tapi, setakat ini sahaja yang boleh saya kongsikan sebab kes di Gombak Timur adalah pihak sana.
“Sudah sah bercerai mulai apa yang diputuskan hari ini lebih kurang jam 10.30 pagi tadi. Hari ini tidak ada lafaz baharu, tetapi hari ini untuk mahkamah putuskan lafaz di luar mahkamah sebelum ini jatuh talak atau tidak dan keputusan adalah, sah jatuh,” katanya.
Terdahulu, kedua pasangan itu bernikah di Thailand berwalikan bapa Ira sendiri.
Kemudian, Syamsul menceraikan Puteri Sarah dengan talak satu pada Jun tahun lalu.