Pelantun lagu ‘Hanya Kau Yang Mampu’, Aizat Hamdan mengejutkan para peminat apabila mengumumkan dia bakal bertarung sukan Muay Thai pada Oktober ini.

Menerusi hantaran Instagram @aizathamdan, dia menyatakan sudah lebih setahun ‘low profile’ dalam mengikuti latihan sukan Muay Thai itu.

Tambahnya lagi, pengalaman latihan yang dijalaninya itu sangat luar biasa.

“Lebih setahun saya diamkan mengenainya. Tapi saya teruja untuk berkongsi dengan anda semua yang saya akan bertarung dalam pertarungan Muay thai amatur pertama saya pada 12 Oktober ini.

“Latihannya dia tak kelakar. Rutin pagi petang berlatih, balik tidur. Doakan semoga semua berjalan lancar. Kalau anda semua nak tengok latihan dia macam mana, esok saya mulakan berkongsi di Instagram Story,” kata Aizat.

Menerusi video-video yang dikongsikan, ternyata basah lencun Aizat berlatih bersungguh-sungguh sempena debut pertarungan Muay Thai tidak lama lagi.

Sumber Gambar: Instagram @aizathamdan
Sumber Gambar: Instagram @aizathamdan

Sahabat, peminat Aizat turut memberikan sokongan jitu di ruangan komen hantaran Instagram tersebut.

Sama-sama kita doakan Aizat berjaya meraih kemenangan pertama dalam debut sukan Muay Thai amatur pertamanya.