Legenda kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspur iaitu Robbie Kean menerima kecaman hebat selepas beliau memenangi saingan liga dengan kelab Israel, Maccabi Tel Aviv.

Keane yang dilantik musim ini membimbing Maccabi menenangi saingan liga dimana mereka berada lapan mata dihadapan pasukan tempat kedua iaitu Maccabi Haifa berbaki dua lagi perlawanan.

Baca Juga:

Akan tetapi, perkara ini tidak diterima dengan baik oleh peminat bola sepak antarabangsa yang menyokong kebebasan Palestine dari regim zionis dimana mereka mengecam bekas ketua pasukan skuad kebangsaan Republik Ireland itu.

Peminat bola sepak di Ireland paling lantang menyuarakan kritikan terhadap Keane dimana mereka kecewa legenda bola sepak negara itu bersetuju untuk menjadi pengurus kelab bola sepak di Israel.

Ketika beraksi di EPL, Keane pernah menyarung jersi Tottenham, Liverpool, West Ham United dan Aston Villa dimana beliau hanya memenangi Piala Liga pada musim 2007/2008 sepanjang beraksi di England.

Sebelum ini, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memberikan sokongan kepada Persatuan Bola Sepak Palestine (FAP) selepas mereka menghantar surat kepada Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) agar menggantung Israel dari menyertai mana-mana kejohanan.

Dalam kongres AFC yang berlangsung di Bangkok baru-baru ini, badan bola sepak Asia itu menerusi presiden iaitu Sheikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa menyokong tindakan Palestine ekoran serangan yang dilancarkan oleh Israel ke atas negara itu yang turut menyebabkan puluhan ribu rakyat tidak bersalah menjadi mangsa.

“AFC kuat kerana ahlinya dan apabila seseorang menderita, semua anggota yang lain akan terjejas. Kami berdiri bersama Palestine, dan kami menyertai mereka dalam mencari jalan penyelesaian berkaitan bola sepak yang berkesan untuk aduan yang dibangkitkan oleh PFA dalam cadangan mereka.

“Adalah menjadi kewajipan kami untuk menyokong Palestin bagi mencari penyelesaian yang pantas dan berkesan selaras dengan peraturan, peraturan dan statut AFC dan FIFA,” kata Sheikh Salman.

Surat yang dihantar oleh Palestine kepada FIFA pada 11 Mac lalu akan dibincangkan semasa perhimpunan tahunan badan itu selepas dimasukkan ke dalam agenda dengan sokongan dari negara lain seperti Algeria, Jordan, Syria dan Yaman.