ChatGPT kini menjadi bualan hangat di internet kerana sangat bijak dalam menjawab sebarang persoalan yang dilontarkan. Selain menjadi platform pertanyaan ramai, ada yang melihatnya sebagai peluang menjana pendapatan sampingan.

Menerusi akaun TikTok @coachwenghonn, beliau berkongsi cara mudah menjana pendapatan RM100 sehari dengan menggunakan platform ChatGPT tersebut. Dengan berbekalkan internet dan ChatGPT, beliau menerangkan para pengguna bakal dibayar menerusi pautan affiliate yang diwujudkan.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Cara mudah jana RM100 sehari dengan ChatGPT

1. Pertama sekali, kunjungi ke portal digistore dan klik pada menu Marketplace.

cara jana rm100 chatgpt
Sumber Gambar: TikTok @coachwenghonn

2. Kemudian, pilih mana-mana segmen produk yang anda minat untuk menjual. Sebagai contoh di dalam video, beliau memilih keto meal sebagai pilihan produk jualan.

cara jana rm100 chatgpt
Sumber Gambar: TikTok @coachwenghonn

3. Seterusnya, layari laman ChatGPT dan masukkan kata kunci berkenaan tips atau maklumat berkaitan produk dalam bentuk artikel. Seperti di dalam video, beliau telah meminta ChatGPT untuk menyediakan artikel berkaitan tips keto diet.

cara jana rm100 chatgpt
Sumber Gambar: TikTok @coachwenghonn

4. Salin keseluruhan teks artikel yang disediakan oleh ChatGPT.

Sumber Gambar: TikTok @coachwenghonn

5. Lanjut ke portal Google Sites dan cipta satu laman baharu yang mana boleh diakses secara percuma.

Sumber Gambar: TikTok @coachwenghonn

6. Klik pada menu Textbox dan tampalkan artikel yang disalin daripada ChatGPT sebelum ini.

Sumber Gambar: TikTok @coachwenghonn

7. Selepas itu, masukkan pautan affiliate berkaitan produk yang boleh didapati daripada Shopee, Lazada, Amazon dan seumpamanya. Dengan ini, anda bakal menerima komisen bagi setiap jualan produk yang berjaya menerusi pautan yang diletakkan pada artikel.

Sumber Gambar: TikTok @coachwenghonn

8. Akhir sekali, klik Publish dan artikel anda bakal diterbitkan pada laman carian Google. Lakukan pada setiap hari untuk melihat peluang menjana wang yang lebih cerah. Selain platform Google Sites, anda boleh juga gunakan wordpress, medium ,vocal atau seumpamanya yang membolehkan anda membina laman web secara percuma.

Sumber Gambar: TikTok @coachwenghonn

Walaupun dilihat sangat mudah, anda perlu melakukan secara konsisten untuk menerima pendapatan yang diidamkan. Di samping itu, anda mestilah giat menyebarkan pautan laman yang dibina agar lebih ramai mengaksesnya dengan harapan mereka membeli barangan menerusi pautan affliate yang diletakkan.

@coachwenghonn

😊Jana RM100/Hari dengan ChatGPT tanpa modal.#coachwengfyp #coachweng #coachwenghonn #carabuatduit #buatduitonline #buatduitdarirumah #chatgpt3 #chatgpt #buatduit #affiliatemarketing

♬ Rise – Ampyx

Ini merupakan salah satu cara mudah untuk anda menjana pendapatan sampingan yang mana sedikit sebanyak boleh menampung pembelanjaan seharian. Kongsikan artikel ini agar lebih ramai orang berpeluang menjana pendapatan sampingan dengan menggunakan aplikasi percuma ini sahaja.