Nasi Kandar Sulaiman merupakan salah satu kedai makan yang unik dalam menghargai pelanggannya.

Setiap kali ada pelanggan membuat pembelian tertinggi, pihak kedai akan membuat pengumuman menerusi laman Facebook mereka.

Baca Juga:

Baru-baru ini rekod dipecahkan sekali lagi dengan bayaran tertinggi sebanyak RM450.

Uniknya kali ini, rekod tersebut tercipta selepas seorang lelaki belanja 30 pinggan nasi kandar kepada pelanggan yang datang ke kedai tersebut.

Kesemuanya menikmati makanan yang sama; nasi kuah banjir, lauk ayam goreng dan sotong.

Difahamkan lelaki tersebut merupakan pemilik bisnes Nasi Maqlubah dan hanya berniaga ketika ada acara sahaja.

“Masya-Allah terbaik beliau ada hati buat rekod seperti ini dengan belanja 30 orang. Kita lagi suka tengok orang datang buat rekod seperti ini. Pahala pun dapat pelanggan lain pun dapat makan. Terbaik,” kata kedai itu.

Sumber Gambar: Facebook Nasi Kandar Sulaiman

Menurut orang ramai, apa yang dibuat oleh lelaki itu luar biasa kerana sanggup belanja orang tidak kenali makan nasi kandar.

Pada masa sama netizen berharap agar ada ramai lagi orang bermurah hati dapat tampil untuk belanja orang, lebih-lebih orang yang tidak dikenali.