Negara yang terkenal dengan Masjid Hagia Sophia (Aya Sophia), Turki atau kini dikenali sebagai Turkiye ini menjadi pilihan ramai penggembara terutama sekali dalam kalangan rakyat Malaysia.
Terletak di kawasan Mediterranean dan menghubungkan benua Asia dan Eropah, Turkiye adalah sebuah destinasi dan hab interaksi kebudayaan. Baru-baru ini, seorang pembaca Vocket iaitu Mohammad Shafiq bersama isteri, Nor Azri Syahirah telah berkongsi pengalamannya bercuti ke Turkiye dan mari ikuti perkongsiannya di bawah:
Baca Juga:
- 39 Tips Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Melancong Ke Turki
- 21 Makanan Sedap Dan Mesti Dicuba Bila Anda Travel Ke Istanbul, Turki
- Digelar Destinasi ‘Muslim Friendly’, Ini 7 Restoran Halal Terbaik Di Taiwan Yang Anda Wajib Cuba
Saya ingin kongsikan itinerari saya menjelajah Turkiye dengan mengambil pakej pelancongan yang pastinya memudahkan segala urusan tanpa perlu berfikir banyak akan aktiviti mahupun urusan tempahan hotel dan sebagainya dengan kos bernilai RM5,380 untuk seorang dewasa.
Hari pertama (Istanbul – Bolu)
Apabila menjejakkan kaki di Istanbul, maka bertemu dan bertanya khabar dengan pemandu pelancong terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan menerokai Turkiye. Saya telah menaiki Bosphorus Cruise untuk melihat pemandangan Istanbul, lalu bergerak ke Bolu. Dalam perjalanan ke Bolu, singgah bergambar di Masjid & Bukit Camlica. (Bermalam di Bolu)
Hari kedua (Bolu – Cappadocia)
Sarapan pagi di Hotel lalu meneruskan perjalanan ke Cappadocia dan berhenti makan tengahari berhampiran Salt Lake. Ketika dalam perjalanan, saya melawati Mt. Erciyes untuk merasai dan untuk peralatan ski perlu membayar USD50 atau anda boleh menaiki kereta kabel. Kemudian, bergerak ke hotel dan makan malam. (Bermalam Di Cappadocia)
Hari ketiga (Cappadocia)
Sarapan pagi di hotel dan nikmati belon udara panas Cappadocia. Kemudian, memulakan lawatan di sekitar bandar Cappadocia. Lawati kedai permaidani, tembikar buatan tangan tradisional Turki dan kedai barang kemas. Selain itu, dapat juga nikmati pemandangan indah termasuk Panoramic View Point, Goreme, Pigeon Valley, Camel Rock, Uchisar Valley dan Esentepe Hill. Makan malam dan pulang ke hotel. (Bermalam di Cappadocia)
Hari keempat (Cappadocia – Konya – Pamukkale)
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Lawati bandar Bawah Tanah dan meneruskan perjalanan ke Pamukkale melalui Konya. Bergambar di Sulhantani Caravansarai dan berkunjung ke muzium dan Masjid Mevlana. Makan malam. (Bermalam di Pamukkale).
Hari kelima (Pamukkale – Bursa)
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Kemudian, membeli-belah di kilang tekstil Cotton. Lalu, lawati Hierapolis Ancient City dan melihat Gerbang Byzantine lama, Teater Rom dan Kolam Antik. Saya juga boleh menikmati Kolam Termal-Istana kapas. Kemudian, bergerak ke Bursa dan makan malam. (Bermalam di Bursa)
Hari keenam (Bursa – Istanbul)
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Membeli-belah di Turkish Delight Shop. Lawati Masjid Besar dan Koza Han serta Masjid Hijau. Meneruskan perjalanan ke Istanbul. Makan malam dan daftar masuk Hotel. (Bermalam di Istanbul)
Hari ketujuh (Istanbul)
Sarapan pagi di hotel. Nikmati pertunjukan fesyen kulit di kilang kulit. Teruskan lawatan ke bandar lama Istanbul, termasuk Masjid Biru dan Hippodrome. Teruskan Berhenti bergambar di Istana Topkapi dan melawat Masjid Hagia Sophia. Membeli-belah di Grand Bazaar. Balik ke hotel. (Bermalam di Istanbul)
Hari kelapan (Istanbul)
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Melawat Masjid dan Makam Eyup serta membeli-belah di Spice Market. Berhenti bergambar di Menara Galata dan terus membeli-belah berhampiran Dataran Taksim. Bertolak ke lapangan terbang 4 jam sebelum berlepas.
Untuk pengetahuan anda, pakej yang diambil saya termasuk tiket penerbangan, hotel, makanan, pemandu pelancong, tip untuk pemandu dan ujian PCR di Turki sebelum pulang ke Kuala Lumpur (jika perlu). Terima kasih Terlajak Travel untuk pengalaman yang menarik ini.
Sementara itu, jika anda mahu dapatkan deals yang terbaik berkaitan pakej-pakej ini, anda bolehlah ke MATTA Fair 2023 yang bakal diadakan pada 17 hingga 19 Mac ini. Lawati booth Terlajak Travel di Hall 3, berdekatan exit no 51-56.