Nota Editor: Catatan ini telah dikongsikan oleh Khalid Pattali di Facebook beliau. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis asal yang kini sedang menetap di Turki. Semoga ia dapat memberi manfaat untuk anda.
Balik Malaysia hari tu sempat pergi cek akaun 2 KWSP. Dalam kepala dah fikir macam-macam. Duit tu boleh standby buat duit deposit rumah, bayar yuran Master atau duit kecemasan perubatan.
Bila jumpa kawan yang sorang ni dia suruh keluarkan semua bayar hutang PTPTN yang aku ada.
Serius? Tak pernah sekalipun aku letakkan hutang PTPTN aku sebagai keutamaan. Sayang kot tengok duit 6 tahun aku kerja dengan RTM & Hijrah tiba-tiba senang-senang aku nak bayar pada PTPTN. Yang aku tau kalau aku tak bayar & jika aku mati, insurans akan tolong bayarkan. Hutang PTPTN tu kira selesai.
Baca: Penjawat Awam Wajib Bayar PTPTN Melalui Potongan Gaji Mulai September
Bila fikir-fikir balik apa yang jadi kat Malaysia sekarang ni orang ramai marah pada pemimpin-pemimpin sebab tak amanah. Kadang-kadang tertanya gak adakah diri kita ni cukup amanah. Terutamanya bab hutang belajar.
Kita sengaja bayar lewat, ada yang langsung tak bayar tetapi boleh beli kereta mahal-mahal, tukar iPhone macam tukar baju, setiap kali raya tukar cat & sportrim kereta. Adakah kita lebih amanah dari pemimpin-pemimpin yang tak amanah tu ?
Tak rasa ke kita sama sahaja cuma bezanya kita kurang cerdik dapat rembat sikit sahaja berbanding pemimpin yang cerdik rembat juta-juta. Mungkin jika kita jadi pemimpin kita pun akan jadi sama seperti mereka kerana sikap tidak amanah itu dah memang ada dalam diri.
Jadi kita nak ubah sesuatu ubahlah dengan diri sendiri dahulu. Pada yang dah mampu beli iPhone 6, tudung harga ratus-ratus, vape ada 2,3 biji, kereta sportrim harga ribu-ribu, travel dah satu dunia, bayarlah hutang PTPTN dahulu. Bayarlah hutang walaupun dengan membayarnya engkau akan jadi papa kedana.
Pada sesiapa yang ada akaun 2 KWSP jangan ditahan-tahan duit tu pada yang berhak, semoga Allah tak tahan hak kita pula. Wajib bayar hutang belajar & ketirisan tata kelola negara adalah 2 perkara berbeza.
Baca lagi: Ini Cara Peminjam PTPTN Bebas Dari Rekod Buruk CCRIS