Baru-baru ini seorang pemuda telah ditangkap kerana cuba mencuri durian dari sebuah kebun di Raub, Pahang, lapor Sin Chew Daily.

Pada 17 Julai, Chai, 29, penyewa kebun durian tersebut, telah diberitahu oleh pekerjanya bahawa seorang lelaki sedang mencuri durian.

Setelah bergegas ke tempat kejadian, Chai berjaya menangkap pencuri tersebut dengan tiga biji yang yang belum dimasukkan ke dalam bakul.

Chai dan rakannya bertindak pantas untuk menangkap pencuri tersebut dan mengikat tangannya.

Selepas itu, mereka menggantungkan sebiji durian di leher pencuri tersebut dan membuat rakaman video.

“Saya menyewa dusun ini untuk menjalankan perniagaan dan saya telah mengesyaki bahawa ada orang mencuri durian saya tetapi saya tiada bukti sebelum ini,” kata Chai.

Rupa-rupanya, pencuri tersebut adalah seorang lelaki berusia 25 tahun.

Chai dan rakannya membawa pencuri tersebut ke balai polis Tranum untuk tindakan lanjut.

Namun, bapa kepada lelaki berusia 25 tahun itu meminta penyelesaian secara aman.

Di bawah nasihat polis, Chai telah dibayar pampasan sebanyak RM10,000 oleh bapa pencuri tersebut.

Ketua polis daerah Raub telah mengesahkan kejadian ini dan berkata bahawa tiada kertas siasatan dibuka kerana perkara ini diselesaikan secara aman.

Untuk rekod, ini bukan pertama kali ‘kontroversi’ berlaku disebabkan musim durian tahun ini, terdahulu sekumpulan lelaki meraih keuntungan RM15,000 selepas tular menjual durian tidak memakai baju.

Bercakap kepada mStar Hairul menyatakan bahawa mereka sebenarnya sentiasa memakai baju ketika menjual durian. Cuma tindakan pada hari tersebut adalah spontan.

Ada pelanggan yang bertanya, manakan lelaki lelaki yang membuka baju seperti dalam video yang tular. Dia menjawab bahawa mereka berniaga seperti orang lain, sentiasa memakai baju.

Oleh kerana video itu tular teruk, perniagaan durian Hairul Hafiz lagu ‘keras’. Mereka sekarang menjual durian mencecah 1.5 tan sehari yang membawa pulangan sekitar RM10,000 sehingga RM15,000.

Lantas Hairul Hafiz menganggap video yang tular tersebut telah membawa rezeki yang tidak disangka sangka. Kerana pelanggan mereka bukan sahaja dari kalangan warga tempatan, namun daripada kalangan pelancong asing pun ada.