Seorang lelaki Singapura menangis kerana dia terpaksa berpisah dengan kereta kesayangannya, sebuah Honda Civic.

Lelaki itu membeli kereta terpakai tersebut pada 2021 dengan harga S$28,800 (RM94,893).

Baca Juga:

Bagaimanapun di bawah undang-undang Singapura, sijil kelayakan (COE) kereta itu telah tamat tempoh.

@ntshatan

breaks my heart to see him cry… but that’s the reality of owning a car in Singapore. see you some time @sunshine ❤️‍🩹

♬ stuff we did – LBFD

Isterinya sempat memberikannya ‘kek perpisahan’ sebelum berpisah dengan kereta itu.

Menerusi video dimuat naik TikTok @ntshatan, lelaki itu merakam video mengucapkan selamat tinggal kepada kereta kesayangan, memeluknya sambil menangis.

Menerusi komen-komen ditinggalkan netizen, ramai yang memberikan sokongan moral kepada lelaki itu kerana pernah melalui situasi sedemikian.

Dalam pada itu, ramai warganet yang terkejut apabila mendapat tahu Singapura hanya membenarkan kereta berdaftar selama 10 tahun sahaja.

Jika pemilik mahu menyambung semula, mereka perlu mengeluarkan sejumlah wang yang amat besar.