Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengesahkan seorang lelaki hampir terjelus masuk ke dalam lubang benam di Masjid India minggu lalu telah memeluk agama Islam, lapor Berita Harian.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, yang membantu urusan lelaki dikenali sebagai Kalidass, 48, melafaz dua kalimah syahadah di pejabat Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara di sini, dengan nama Islamnya, Haridath.
Baca Juga:
- Raja Bomoh Datang Masjid India, Renjis ‘Air Belaga’
- Tular Rakaman CCTV Detik Cemas Wanita Jatuh Tertimbus Di Masjid India
“ABIM mengesahkan Haridath memeluk Islam, Isnin lalu. Beliau datang sendiri untuk bertemu kami dan menyatakan hasratnya itu.
“Beliau juga memaklumkan sudah lama berniat untuk memeluk Islam. Beliau datang dalam keadaan bersedia, malah hadir bersama-sama dua saksi yang merupakan kenalannya.
“Cuma peristiwa hampir terjatuh ke dalam lubang akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India itu menjadi ‘wake up call’ untuk beliau tidak bertangguh lagi,” katanya kepada Berita Harian, hari ini.
Pada masa sama, Haridath turut kongsikan detik-detik mengerikan itu pada pertemuan mereka di pejabat IOA Centre.
Menurutnya, beliau mengenali wanita warga India yang terjatuh ke dalam lubang berkenaan kerana sering datang melancong ke Malaysia.
Kata Haridath lagi, suami wanita warga India itu berjalan tidak jauh di belakang mangsa. Bagaimanapun tidak kelihatan dalam rakaman CCTV yang tular di media semasa.
“Mungkin asbab kejadian itu, beliau mendapat hidayah daripada Allah SWT untuk terbuka hati terus memeluk agama Islam,” kata Ahmad Fahmi.
Dalam masa sama, beliau berharap semua pihak memberi ruang kepada saudara baharu itu untuk bertenang, sekali gus mendoakan dan menghormati privasi Haridath.
“ABIM menegaskan bahawa sesungguhnya, mempunyai agama adalah hak dan fitrah semula jadi manusia. Justeru, sudah semestinya tiada siapa pun yang boleh memaksa atau dipaksa dalam perkara beragama.
“Pada masa sama, kami mendoakan operasi pencarian mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India dipermudahkan, dan turut menzahirkan perasaan simpati buat keluarga mangsa,” katanya.