Seorang lelaki warga asing ditahan pengawal keselamatan kerana mencabul pelajar perempuan di sebuah pasar raya baru-baru ini.
Tiada maklumat terperinci yang disediakan, namun video rakaman kamera litar bertutup (CCTV) kejadian itu tular di media sosial pada hari semalam.
Baca Juga:
- ‘Anak Bangladesh Akan Jadi Ahli Parlimen’ – Warga Asing Yakin Rakyatnya Bakal Terajui Malaysia
- Pernah ‘Kantoi’ Tunjuk Jari Tengah, Pasangan Warga Asing Kerap Minta Sedekah Di Ibu Kota Ditahan
- Denda Dan Sita Gerai Niaga Warga Asing Tanpa Lesen, Netizen Puji Tindakan Efisien DBKL
Menerusi video yang tular, mangsa dipercayai datang ke premis bersama dengan ibunya untuk membeli barang keperluan. Dua beranak itu tidak menyedari bahawa mereka telah diekori oleh suspek dari belakang.
Sebaik sahaja, mangsa bersendirian di satu lorong berkenaan, suspek segera datang dan menyentuh dada pelajar wanita itu.
Terkejut dengan tindakan suspek berkenaan, mangsa terus berundur ke belakang. Suspek kemudian berpura-pura kononnya dia tersalah pegang ketika mahu mengambil barang di rak berdekatan.
Mangsa segera berlari dan memaklumkan kejadian itu kepada ibunya yang kemudian datang berdepan dengan suspek. Bagaimanapun, suspek tidak mengaku sebelum kakitangan premis tersebut menariknya untuk disoal siasat.
Lanjutan daripada video kedua, ibu mangsa menegaskan bahawa beliau akan menarik balik laporan polis sekiranya suspek tidak melakukan perbuatan itu. Jika didapati bersalah, tindakan undang-undang akan diambil terhadapnya.
https://www.instagram.com/reel/CyDsFs1pSDB/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
“Kalau awak bercakap benar, tak apa. Saya akan tarik balik laporan polis. Tetapi jika betul awak melakukan itu, saya akan buat laporan polis dan pastikan awak masuk ke dalam (penjara),” katanya dengan tegas kepada suspek.