Setiap kali FamilyMart hadir dengan menu baharu pastinya para peminat tidak akan melepaskan peluang untuk mencubanya.
Terbaharu, FamilyMart perkenalkan pencuci mulut ‘soft crepe skin’ dalam 2 variasi iaitu coklat dan creme cheese. Sudah tentu kulit yang lembut dengan isi manis berlemak akan membuatkan anda terliur.
Bagi anda yang mahu mencuba pencuci mulut ini, anda boleh dapatkan di semua cawangan FamilyMart terdekat anda kecuali di KLIA2 dan Genting Highland. Tidak mahu bersesak ke FamilyMart, anda boleh buat pesanan secara online sahaja dengan FoodPanda.
Sebelum terlupa, harga soft crepe skin ini bermula daripada RM4.90 sahaja. Tunggu apa lagi? Jom kita cuba pencuci mulut ini sebelum stok habis.
Tahukah anda bahawa pada bulan November ini pada setiap hujung minggu, Starbucks tawar promosi beli 1 percuma 1? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ Starbucks Malaysia Dilanjutkan Sehingga 29 November 2020
BiskuTea, Minuman Terbaharu Tealive Ini Sedang ‘Hit’ Sejak Semalam
Restoran Berstatus Halal Didakwa Guna Daging Babi Dalam Mee Kari?