Ada kalanya kita terpaksa meletakkan kenderaan di tepi jalan buat seketika sewaktu menunggu seseorang oleh kerana sudah tiada tempat letak kenderaan di sesuatu lokasi.

Bagaimanapun, bukan semua tempat sesuai untuk meletakkan kenderaan di tepi jalan, lebih-lebih lagi laluan tersebut sering digunakan oleh kenderaan bersaiz besar.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Dalam satu video TikTok baru-baru ini, kelihatan sebuah Toyota Alphard mengalami kerosakan teruk pada bahagian kanan MPV itu semasa diletakkan di tepi jalan.

@

♬ –

Bahagian kanan Toyota Alphard itu ‘terkopek’ sehingga jelas kelihatan bahagian dalamannya selepas dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan lain. Menurut perakam video, kerosakan pada MPV itu bukan disebabkan bas yang terakam dalam video tersebut.

Menurut beberapa komen daripada pengguna TikTok lain, kejadian tersebut dipercayai berlaku di laluan bawah bangunan Midvalley/The Gardens, Bangsar.

Tambah perakam video ini , dia meminta agar orang ramai sentiasa mencari tempat yang sesuai jika mahu meletakkan kenderaan di tepi jalan supaya tidak mengganggu pengguna jalan raya lain.

“Hati-hati semua sahabat-sahabat pilot darat, nak parking cari tempat yang selamat ya. Kita senang, orang lain pun senang,” ujar perakam video ini lagi.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Dalam kisah lain pula, seorang lelaki mengaku dirinya ‘Imam Mahdi’ selepas menyebabkan kemalangan melibatkan beberapa pengguna jalan raya lain.

Mengaku ‘Imam Mahdi’, Pemandu Myvi Jadi Punca Kemalangan Disyaki Ambil Bahan Terlarang

Netizen Meragui Aksi ‘Drift’ Nissan Skyline Turun Genting Highlands Ini Dirakam Secara Tidak Sengaja

Harga Hampir Cecah RM5.00 Seliter, Jualan Petrol RON 97 Menurun 65%

Sumber