Pada tahun 2024, boleh dikatakan jumlah pengguna pengangkutan awam semakin meningkat berbanding dahulu. Bagaimanapun didapati ramai berasa kecewa dengan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berikan.

Dalam satu temu ramah bersama Harian Metro, KTMB tampil memberikan penjelasan berhubung beberapa masalah yang dihadapi pengguna sejak sekian lama.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Antaranya seperti lif dan eskalator tidak berfungsi dan paling utama sekali ketibaan tren yang sentiasa tidak menepati masa.

Kemudahan Tak Sempurna

Menurut KTMB, perkhidmatan selenggaraan lif dan eskalator diuruskan oleh dua entiti iaitu KTMB dan Railway Assets Corporation (RAC).

Kedua-duanya mengendalikan operasi kereta api dan pemilik stesen serta rolling stock (kereta api).

Difahamkan KTMB hanya menyelenggara lif dan eskalator di Stesen KL Sentral saja. Sementara RAC pula menyelia bermula dari stesen Tanjung Malim, Perak sehingga Gemas, Negeri Sembilan.

Penyelenggaraan berkala bagi lif dan eskalator yang berada di bawah seliaan pihak KTMB adalah mengikut garis panduan dan peraturan pihak berkuasa iaitu Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (JKKP).

“Kami menjalankan kerja penyelenggaraan sebulan sekali oleh pihak kontraktor dilantik. Proses lantikan dan pemilihan kontraktor mengikut ketetapan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994).

“Mana-mana lif atau eskalator di bawah seliaan KTMB tidak dapat digunakan atau rosak, kami akan mempamerkan notis jangkaan tarikh siap untuk kerja pembaikan sedang dijalankan.

“Bagi pengguna memerlukan bantuan terutama warga emas dan OKU boleh mendapatkan bantuan daripada kakitangan stesen bertugas,” kata pihak KTMB

Tren Selalu Lambat

Pada masa sama KTMB turut mengakui terdapat gangguan perkhidmatan tren terutamanya komuter.

Gangguan perkhidmatan berlaku disebabkan pelbagai masalah teknikal seperti keupayaan tren yang berusia, masalah semboyan yang sensitif kepada masalah kecurian kabel, situasi yang di luar jangka seperti bencana alam iaitu banjir, pokok tumbang dan alat talian atas terbingkas.

“KTMB sudah mengambil langkah proaktif dengan memastikan pokok besar berhampiran landasan ditebang dan dibersihkan. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kejadian tripping akibat pokok tumbang dan terkena alat talian atas.

“Jika berlaku kelewatan, pemakluman atau hebahan di stesen turut dipertingkatkan bagi memudahkan pengguna mendapatkan langkah alternatif jika terdapat sebarang gangguan.

“KTMB juga membangunkan dan sedang menambah baik sistem live tracking melalui aplikasi MyRailtime di mana pengguna boleh mendapatkan status perjalanan tren sama ada ia mengikut jadual atau mengalami kelewatan,” kata jurucakap KTMB itu lagi kepada Harian Metro.