Pastinya menjadi impian semua orang memiliki dapur yang cantik untuk kediaman mereka. Ini merupakan perkongsian makeover dapur daripada Puan Wan NurFatin Farhana yang mungkin boleh menjadi ilham kepada anda yang ingin makeover dapur kediaman anda.
Saiz dapur Puan Wan adalah bersaiz 7 kaki dan menggunakan kitchen cabinet Metod daripada Ikea. Nama kabinet adalah HAGGEBY dan nama table top adalah SALJAN.
Kos yang dikeluarkan pula adalah RM2,746.60 tetapi untuk kabinet sahaja; tidak termasuk sinki, cooker hob dan hood, subway tiles dan kos upah pasang. Kos penghantaran adalah RM75 bergantung tempat tinggal anda, semakin jauh semakin mahal kos penghantaran.
Harga untuk subway tiles adalah RM14 sekeping dan puan Wan NurFatin membeli 10 keping berjumlah RM140. Akan tetapi, disebabkan beliau tidak mengupah orang untuk pemasangan, beliau dapat berjimat dari segi itu.
Ini keadaan dapur puan Wan Nurfatin sebelum proses makeover. Nampak kosong dan banyak ruang yang tidak digunakan sepenuhnya.
Proses pemasangan dan makeover:
1. Pasang subway tiles
2. Pasang kabinet atas
3. Pasang kabinet bawah
4. Pasang Plaster
Selepas dapur di makeover:
Segalanya mudah dan lebih jimat dengan IKEA jika betul caranya. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi untuk projek makeover dapur anda pula. Selamat mencuba!