Sudah menjadi trend ketika ini staycation di hotel untuk berhibur bersama keluarga, atau berehat menenangkan minda atau mengadakan parti bersama rakan-rakan dan sebagainya.
Walau apa pun tujuan anda, selain daripada harga pastinya konsep yang menarik menjadi antara pilihan anda dalam memilih tempat penginapan. Boleh dikatakan hotel tersebut mestilah ‘Instagrammable’ untuk anda yang memang kaki foto.
Hotel MoMo’s Kuala Lumpur ini terletak di Chow Kit dan sangat disyorkan untuk anda cuba bermalam di sini. Disebabkan ia terletak di Chow Kit, anda boleh berjalan-jalan ke Jalan TAR, Sogo dan pelbagai lagi tempat berdekatan untuk membeli-belah serta lokasinya cukup strategik.
Terdapat pelbagai pilihan bilik yang ditawarkan di sini dan boleh memuatkan anda yang datang menginap bersama keluarga atau rakan-rakan. Difahamkan terdapat 99 bilik dan 1 bilik suites di hotel ini.
Malah, rekaan hotel ini akan seperti membawa anda ke dalam sebuah galeri dan hotel ini menawarkan pelbagai fasiliti seperti MoMosita Taco Bar, The Playground, wifi percuma, lounge yang cantik dan sebagainya.
Nampak mahal? Jangan risau, harga penginapan hotel ini bermula dari RM85 sahaja dan harga tersebut sangat berpatutan dengan penawaran yang diberikan. Anda boleh membuat tempahan hotel di sini.
Apa tunggu lagi? Anda yang suka untuk staycation dan ingin berjalan-jalan di ibu kota Kuala Lumpur, ini adalah tempat yang sesuai untuk anda. Di bawah ini kami senaraikan beberapa tempat penginapan di sekitar Kuala Lumpur untuk anda.
5 Hotel Terbaik Dengan Kolam Renang Berlatar Belakangkan KLCC
GOLD 3 Boutique Hotel Berkonsepkan Moden Vintaj Di Bukit Bintang
10 Senarai Tempat Berlatar Belakangkan Bangunan KLCC Yang Boleh Anda ‘Chill’