Peminat bola sepak tanah air masih lagi sukar untuk menerima keputusan Kim Pan-gon yang meletak jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan.

Ramai yang mempersoalkan mengapa Pan-gon meninggalkan pasukan negara memandangkan prestasi baik yang ditampilkan oleh skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Baca Juga:

Bekas pembantu kepada Kim Pan-gon, Pau Marti Vicente dilantik sebagai pemangku sambil dibantu oleh E.Elavarsan selepas pemergian jurulatih dari Korea itu.

Di sini kami senaraikan lima jurulatih dari luar negara yang dilihat mempunyai potensi dan sesuai untuk menggantikan Pan-gon.

1. Park Hang-seo

Selangor
Park Hang-seo

Jurulatih berkarisma ini pernah menghantar permohonan untuk menjadi ketua jurulatih Malaysia sebelum ketibaan Pan-gon namun perkara itu tidak menjadi kenyataan.

Tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas meninggalkan Vietnam, Park Hang-seo dilihat calon sesuai bagi menerajui skuad senior negara.

2. Esteban Solari

Kim Pan-gon
JDT head coach Esteban Solari during the Super League match at Petaling Jaya Stadium last night. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Musim pertama Solari bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) menyaksika beliau memenangi gelaran Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia. Akan tetapi, Solari dan JDT berpisah sebelum saingan musim ini bermula.

Memiliki pengalaman bersama pemain negara ini, Solari boleh diketengahkan untuk menjadi ketua jurulatih baharu pasukan negara.

3. Petar Šegrt

Piala Asia 2023
Sumber Gambar: FAM

Mempunyai karakter menarik dan lantang merupakan perwatakan utama Petar Šegrt. Beliau pernah membimbing Tajikistan memenangi Pestabola Merdeka pada 2023 dimana pasukan itu menewaskan Malaysia pada perlawanan akhir.

Šegrt meninggalkan Tajikistan selepas temasya Piala Asia 2023 dan tidak terikat dengan mana-mana pasukan ketika ini.

4. Alexandre Polking

Alexandré Pölking
Sumber Gambar: Changsuek

Polking merupakan salah satu jurulatih yang mempunyai pengalaman luas mengenai bola sepak Asia Tenggara dimana beliau pernah menjadi ketua jurulatih Thailand dan beberapa kelan di sana.

Pengalaman yang dimiliki mengenai bola sepak di rantau ini boleh dimanfaatkan oleh pasukan negara sekiranya dilantik sebagai ketua jurulatih.

5. Hussein Ammouta

Kim Pan-gon
Hussein Ammouta

Saham Ammouta meningkat naik selepas beliau membimbing Jordan mara ke perlawanan akhir Piala Asia 2023 yang menyaksikan mereka tewas kepada Qatar.

Selepas meninggalkan Jordan, Ammouta kini menjadi ketua jurulatih kepada kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE) iaitu Al Jazira.