Peminat bola sepak tanah air masih lagi berteka-teki mengenai siapa yang akan menggantikan Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan selepas beliau meletak jawatan baru-baru ini.

Sebelum ini, kami menulis senarai lima ketua jurulatih dari luar negara yang dilihat sesuai untuk menggantikan Kim Pan-gon. Kali ini, kami bawakan lima jurulatih tempatan bagi menjadi ketua jurulatih skuad kebangsaan yang baru.

Baca Juga:

1. Tan Cheng Hoe

Tan Cheng Hoe
Sumber Gambar: MFL

Nama yang tidak asing lagi bagi pasukan negara. Tan Cheng Hoe pernah memegang beberapa jawatan seperti penolong jurulatih kepada Datuk K.Rajagobal dan Nelo Vingada sebelum diberi tanggungjawab sebagai pengendali pasukan pada 2018 hingga 2022.

Cheng Hoe ketika ini bergelar sebagai ejen bebas selepas berpisah dengan kelab Thailand, Police Tero pada awal musim ini.

2. Datuk Ong Kim Swee

Kim Swee
Kredit Foto: Sabah Football Club

Satu lagi nama yang tidak asing bersama pasukan negara dimana Datuk Ong pernah menjadi ketua jurulatih skuad B-23 Tahun dan juga pasukan senior.

Sekiranya FAM mahu jurulatih tempatan yang sudah biasa dengan tekanan dalam skuad kebangsaan, maka Datuk Ong salah satu calon yang tepat.

3. E.Elavarasan

Kim Pan-gon
KUALA LUMPUR, 1 Sept — Ketua Jurulatih Pasukan Bawah 23 (B-23) Kebangsaan, E. Elavarasan ditemui selepas sidang media pengumuman barisan kejurulatihan skuad B-23 di Wisma FAM, hari ini.
–fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Elavarasan dilantik sebagai pembantu kepada Pau Marti Vicente selepas jurulatih kelahiran Sepanyol itu diangkat sebagai pemangku jurulatih bagi menggantikan Pan-gon.

Memiliki pengalaman mengendalikan skuad B-23 Tahun negara, pengalaman yang dimiliki oleh Elavarasan boleh dimanfaatkan oleh skuad negara.

4. Nafuzi Zain

Nafuzi Zain
Nafuzi Zain

Nafuzi Zain merupakan salah satu jurulatih muda terbaik yang dimiliki oleh negara ketika ini dan sering dikaitkan dengan beberapa kelab besar dalam negara.

FAM boleh memberikan peluang kepada jurulatih muda dalam saingan Liga Malaysia bagi mengendalikan skuad kebangsaan sekaligus meningkatkan mutu dan juga kualiti sedia ada.

5. Nidzam Jamil

Nidzam Jamil
Nidzam Jamil

Nidzam merupakan seorang lagi jurulatih muda dalam negara yang sudahpun diberikan peluang untuk menguruskan pasukan besar seperti Selangor.

Sama seperti Nafuzi, Nidzam turut wajar diberikan peluang sekiranya FAM mahu jurulatih muda yang mengendalikan skuad kebangsaan.