Baru-baru ini sebuah kereta kereta Toyota Vios dipandu mangsa berusia 24 tahun kemalangan, kejadian pukul 4.52 pagi itu turut melibatkan sebuah Perodua Bezza dan SUV Range Rover.
Seorang lelaki parah manakala empat lagi cedera dalam kemalangan tular melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 17.1 Lebuh Raya Persekutuan di sini.

Baca Juga:
- Dakwa Dilanggar Lari ‘Escort VIP’, Video Luahan Kekecewaan Pemilik Kereta Cetus Pertikaian Netizen
- Konvoi VVIP Halang Ambulans Dan Lalu Lintas Di Dua Lokasi Berbeza Cetus Kemarahan Netizen
- Akibat Hentikan Trafik Demi VVIP, Dua Buah Kereta Kemalangan
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, lelaki itu bersama dua mangsa lain memandu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang.
“Siasatan mendapati kereta Vios di lorong tengah lebuh raya dipercayai dilanggar Range Rover dari arah belakang.
“Pelanggaran itu mengakibatkan kereta berkenaan terbabas lalu melanggar pembahagi jalan,” katanya dalam satu kenyataan.
Dashcam ! Got hit by that fucker pic.twitter.com/tbymSVNRJf
— Imm. (@Mdimrxn_) October 9, 2022
Menurut beliau, perlanggaran itu turut menyebabkan SUV berkenaan terbabas ke sebelah kiri lebuhraya. Sebuah kereta Bezza yang datang dari arah belakang kemudian tidak sempat mengelak lalu turut melanggar Vios mangsa.
“Kejadian itu mengakibatkan seorang parah, manakala dua penumpang kereta dan dua pemandu lain cedera,” ujarnya
Siasatan lanjut mengenai kejadian itu masih dijalankan pihaknya dengan setakat ini laporan polis diterima daripada pemandu kereta Vios sahaja, petik kenyataan yang dikeluarkan melalui Facebook Polis (IPD) Shah Alam.
Dalam pada itu, beberapa ciapan dikongsikan oleh warganet mendakwa pemandu SUV ketika itu mempunyai latar belakang keluarga VIP yang berpangkat ‘Tan Sri’.
Adik aku involved in a accident at Federal. Now at Shah Alam Hospital. Nasib baik tak teruk. His friend teruk. Anak Tan Sri berlumba langgar dorang. Aku baru je hilang sorang adik. Tak kan nak hilang sorang lagi kot.
— 𝓐𝓷𝓪𝓯𝓲 (@NabilahAnafi) October 8, 2022
Memetik ciapan @Mdimrxn_, beliau telah merakam ‘keterangan’ yang dikongsikan oleh seorang pemandu Porsche ‘saksi’ yang berada semasa kejadian.
Sementara itu, akaun @stuchico pula menyatakan insiden yang berlaku itu turut menyebabkan beberapa kereta lain, termasuklah sebuah kereta peronda polis terlibat dalam kemalangan lain.
Selepas satu jam insiden berlaku, terdapat satu kereta terbabas dan melanggar Ranger Rover yang tersadai di tepi jalan. Kemudian, sebuah kereta peronda polis Proton Waja diletakkan di tengah-tengah jalan untuk cover Toyota Vios. Namun, kereta peronda itu turut dirempuh kenderaan lain juga. Kemalangan itu berlanjutan sehingga kira-kira 7 pagi.
Accident paling lama dlm sejarah.. dari gelap sampai siang. Cerita dia mcm nie. Yg accident awal tue range rover dgn vios je. Lepas tue dia merebak sampai kereta polis pun kena langgar. pic.twitter.com/7OIrDUOWr0
— Mr. Stuhico (@stuhico) October 9, 2022