Umum mengetahui bahawa untuk ke Amerika Syarikat, anda perlu memohon visa. Bagi anda yang pertama kali mendengarnya, permohonan visa ke Amerika Syarikat agak susah sedikit kerana anda perlu hadir temu duga untuk proses visa secara peribadi.
Terbaharu, influencer Ivor telah berkongsi sebuah video di Twitter miliknya panduan bagaimana dia berjaya mendapatkan visa Amerika Syarikat dalam masa 2 minggu sahaja.
Baca Juga:
- Pemohon Visa USA Kini Perlu Serahkan Alamat Tempat Tinggal Sejak 15 Tahun Lalu
- 9 Bulan Di New Zealand, Ini 12 Tip Memohon ‘Working Holiday Visa’ Di Sana
- 153 Senarai Negara Yang Boleh Dikunjungi Rakyat Malaysia Tanpa Visa
Here’s the process of applying US travel VISA as Malaysians 🇺🇸 took me less than 2 weeks hehe pic.twitter.com/lO1kgOlXtQ
— Ivor is tired (@ivor_xianz) February 26, 2023
Berikut adalah proses yang dilakukan oleh Ivor untuk anda cuba memudahkan permohonan visa Amerika Syarikat anda sebagai rakyat Malaysia:
1. Ambil gambar VISA dengan saiz ukuran Amerika Syarikat
Apabila memohon visa bukan imigran, anda dikehendaki memuat naik gambar digital sebagai sebahagian daripada melengkapkan dan menghantar borang permohonan visa DS-160. Anda juga perlu membawa satu salinan gambar ke Kedutaan semasa hari temu duga.
2. Lengkapkan borang
Anda dikehendaki untuk melengkapkan borang DS-160 dan semua maklumat hendaklah betul dan tepat. Selepas borang tersebut dihantar, anda tidak boleh membuat sebarang perubahan.
3. Buat penjadualan temu duga
Selepas anda selesai lengkapkan borang DS-160, anda boleh membuat tempahan temu janji untuk sesi temu duga di sini. Anda akan memerlukan nombor passport anda, nombor resit MRV dan juga 10 digit nombor kod bar daripada halaman konformasi borang DS-160.
4. Cetak dan bawa dokumen untuk sesi temu duga
Pastikan anda cetak dan bawa kesemua dokumen yang diperlukan untuk sesi temu duga serta jangan lambat. Untuk menyemak dokumen diperlukan boleh klik pautan di sini.
Semoga panduan ini dapat menyenangkan anda yang mahu memohon visa ke Amerika Syarikat. Selamat mencuba.