Nampaknya kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof semakin berpanjangan apabila Syamsul memfailkan permohonan nusyuz, manakala Puteri Sarah memfailkan hadanah.
Semalam, Syamsul turut membuat sidang akhbar untuk menjawab segala berkaitan isu rumah tangganya itu dan dia dalam satu kenyataan mengatakan bahawa dia tidak akan menceraikan isteri pertamanya, Puteri Sarah selepas ibunya membuat kenyataan memintanya melepaskan Puteri Sarah.
Baca Juga:
- ‘Jantan Dayus, Boleh Go To Hell’ – Netizen Puas Tengok Puteri Sarah ‘All Out’ Marah Syukri Yahya Dalam Drama
- Sudah Setahun Tidak Berjumpa, Puteri Sarah Tuntut Cerai Sebab Tidak Lagi Hidup Sebagai Suami Isteri
- ‘Mama, Betul Ke Ayah Kahwin Lain?’ – Puteri Sarah Terkedu Dengar Soalan Anak
Menurut laporan, Syamsul mengakui sedih diatas apa yang berlaku tetapi tidak berkecil hati apabila ibunya berpihak kepada Puteri Sarah. Malah, dia menganggap ianya sebagai ujian apabila perkahwinan keduanya bersama Ira Kazar tidak direstui serta memohon maaf kepada ibunya.
“Sekiranya agama kata meminta kebenaran ibu adalah rukun wajib berkahwin, ya saya akan berbuat begitu. Namun, saya memikirkan antara saya dan Tuhan. Apa yang patut saya buat,” katanya.