Sebelum pukul 10 tadi orang ramai sudah mula berada di hadapan skrin gajet masing-masing untuk mendapatkan tiket Coldplay live in Malaysia. Tiket ‘pra-jualan’ hari ini dibuka khas bagi pemegang kad CIMB.

Dalam ramai-ramai yang ‘bersaing’ tadi, rupa-rupanya pengasas Sambal Nyet, Khairulaming juga tidak juga melepaskan peluang untuk merebut peluang itu.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam satu ciapan baharunya, beliau mendakwa telah mula beratur dari pagi di dalam tandas untuk membeli tiket tersebut. Pada pukul 12 tengah hari barulah beliau dapat membeli 4 tiket standing (Cat 3).

Ciapan influencer itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Rata-rata mengaitkan pengalaman Khairulaming itu sama dengan pengalaman orang ramai yang berebut-rebut cuba mendapatkan Sambal Nyet di Shopee.

Perasan berdebar dan bimbang tiket yang ingin dibeli akan habis pasti menyelebungi diri Khairulaming sepanjang beliau ‘berperang’ cuba mendapatkan tiket tersebut.

https://twitter.com/bella_huda/status/1658328017591205889?s=20

Dalam pada itu, orang ramai juga tertanya-tanya bagaimana Khairulaming begitu yakin untuk meletakkan iPad Pro di atas pemegang tisu gulung di dalam tandas.

Nyata orang ramai, jika mereka buat begitu ketika ‘waktu genting’ sebegini — sudah pasti iPad terjatuh, tiket Coldplay melepas.

Difahamkan kebanyakkan tiket ‘pra-jualan’ untuk hari ini sudah hampir sold-out dan penjualan ‘tiket am’ akan bermula pada 17 Mei 2023, dari jam 10 pagi dan seterusnya.

Coldplay ialah sebuah kumpulan rock British disegani dunia yang ditubuhkan di London pada tahun 1997. Alunan musik dan lirik yang ‘dekat dengan hati’ dan persembahan live yang luar biasa menjadi sebab utama orang ramai mahu menyaksikan persembahan mereka walau sekali seumur hidup.

Pada November ini mereka akan membuat jelajah Asia bermula dari Jepun (6 & 7 November), Taiwan (11 November), Indonesia (15 November), Australia (18 November) dan Malaysia pada 22 November nanti.