Adakah anda masih ingat aktiviti yang sering anda lakukan ketika masih kanak-kanak? Mesti anda teringat betapa bahagianya bermain pondok-pondok, memancing dan sebagainya tanpa perlu bimbang akan masalah, bukan?

Terbaharu, sebuah video tular di media sosial dimana menunjukkan seorang budak lelaki berusia 6 tahun menunjukkan skilnya masak kuetiaw goreng di rumahnya seperti sudah biasa memasak di dapur.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi video tersebut, dapat dilihat budak lelaki itu dipantau oleh bapanya ketika menggunakan peralatan dapur dan tidak terlihat kekok mengendalikan alatan dapur.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa kagum dengan skil yang ditunjukkan oleh budak lelaki terbabit. Segelintir netizen juga berseloroh mengatakan bahawa ketika mereka berumur 6 tahun, mereka hanya masak daun dan ranting.

https://twitter.com/KakFinaMembebel/status/1620077763909779457

https://twitter.com/iznimaishihah/status/1619658971534737409

Tidak hanya itu, para netizen turut memberikan pujian kepada ibu bapa budak lelaki tersebut kerana memberikan pendedahan awal kepada anak mereka untuk ‘explore’ banyak benda. Malah, rata-rata netizen berpendapat bahawa pendedahan seperti ini bagus untuk perkembangan anak-anak.