Rupanya tidak hanya menjadi bualan di Indonesia, kini negara jiran iaitu Thailand turut mula mengintai prestasi Malaysia yang digambarkan sangat mampan dan hebat pada ketika ini.
Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, dapat dilihat pengacara dari sebuah stesen televisyen Thailand mengupas lanjut berkenaan prestasi pelaburan di Malaysia yang luar biasa dan lebih kompetitif berbanding negaranya.
“Sebagai contoh, di Thailand kita cuba untuk menjadi sebegitu tetapi jika melihat kepada pesaing kita di dalam bidang mengekstrak duit dari luar negara , Malaysia boleh dikira sebagai pesaing yang menakutkan,” ujarnya.
Malah, mereka juga berhasrat jika negara Thailand mampu menarik pelabur asing untuk melabur di dalam negara sekaligus menyumbang kepada aliran dan pertukaran wang yang positif seperti negara Malaysia.
Mana tidaknya, Malaysia berjaya mengikat sejumlah pelaburan puluhan bilion ringgit dari syarikat teknologi gergasi terutamanya di dalam industri kecerdasan buatan dan pusat data berteknologi canggih di sini.
Dalam pada itu, mereka turut membandingkan jumlah dana pelaburan yang diterima antara negara Malaysia dan Thailand.
Secara puratanya, Malaysia dilihat memiliki pelaburan yang besar berbanding negara Thailand di mana syarikat terkemuka seperti Google, AWS dan Microsoft memperlihatkan pelaburan sekitar $400,000 (~RM1.7 juta) sehingga $10,000,000 (~RM43 juta) sementara di Thailand hanya berjumlah $343,000 (~RM1.4 juta) sehingga $6,000,000 (~RM25 juta) atau paling rendah $200,000 (~RM862,200) sahaja.
Selain menjadi hub kecerdasan buatan di sini, Malaysia juga memainkan peranan penting dalam membekalkan cip semikonduktor kepada syarikat gergasi yang berpengkalan di dua kuasa dunia iaitu Amerika Syarikat dan juga China.
@kingmshahrul1 Jika kita bercakap mengenai tarikan dana asing, Malaysia adalah pesaing yang menakutkan..
Perkongsian video ini telah menjadi perhatian netizen tempatan dan rata-ratanya gembira mendengar prestasi Malaysia yang kian melonjak terutamanya dalam mendapatkan pelaburan besar dari luar negara.