Semalam The Vocket telah berkongsi senarai 10 kenderaan yang paling banyak dicuri di Malaysia pada tahun lalu yang didedahkan oleh Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC).

Menurut penyelaras VTREC, Mas Tina Abdul Hamid mendedahkan bahawa rakyat Malaysia kehilangan kenderaan setiap 1 jam 15 minit. Tambah beliau lagi, hasil kajian yang dibuat oleh VTREC pada tahun 2020 mendapati 20 kenderaan dicuri setiap hari pada tahun lalu.

“Bagaimanapun, jumlahnya telah menurun berikutan kerjasama erat antara VTREC, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi lain,” terang beliau.

Sementara itu, timbalan pengarah (Perisikan / Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Dev Kumar berkata, jumlah kes kecurian kenderaan yang dilaporkan di seluruh negara menunjukkan penurunan setiap tahun.

“Terdapat 21,578 kes kecurian kenderaan yang dilaporkan tahun lalu berbanding 30,868 kes pada tahun 2019, ia menunjukkan penurunan keseluruhan sebanyak 30%.

“Jumlah itu melibatkan kecurian 4,596 kereta, 16,057 motosikal dan 925 lori, van dan kenderaan berat,” tambah beliau lagi.

vocket-rakyat-malaysia-kecurian-kenderaan-1
Sumber Gambar: Agendadaily.com

Tambah beliau lagi, tindakan telah diambil di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 terhadap 1,215 anggota sindiket pencurian kenderaan sejak 2016, selain anggota yang telah didakwa di mahkamah atas kesalahan yang sama.

Dari jumlah terbabit, seramai 753 orang telah mencuri motosikal, 422  mencuri kereta dan selebihnya yang mencuri kenderaan lain.

Kempen Kesedaran Awam Kecurian Kenderaan diadakan bertujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran di kalangan pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya untuk melindungi kenderaan mereka dari kecurian.

Tambah Datuk Dev Kumar lagi, dengan menambah ciri-ciri keselamatan seperti menggunakan kunci pedal dan steering dan memasang dashcam, pemilik dapat mengurangkan kadar peluang kecurian kenderaan mereka.

Pada awal minggu ini, VTREC mendedahkan Proton Wira merupakan kenderaan paling ‘panas’ di Malaysia.

Proton Wira Paling ‘Dicari’ Pencuri, Rekod Kes Kecurian Tertinggi

Pandu Proton X50 Pelanggan 180km/j, Sales Advisor Kemalangan Dan Kereta ‘Total Lost’

Proton Saga R3 Masuk Pasaran Pakistan, Model Manual Dijual Pada Harga RM65,925