Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka 2024 selepas berjaya menundukkan Lubnan 1-0 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Pengendali pasukan, Pau Marti Vicente membuat beberapa pertukaran dengan membawa masuk Dominic Tan, Nooa Laine, Safawi Rasid, Endrick Dos Santos, Muhd Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad di kesebelasan utama.

Baca Juga:

Mereka menggantikan Feroz Baharuddin, Daniel Ting, Afiq Fazail, Arif Aiman Hanapi, Paulo Josue dan Akhyar Rasyid yang memulakan aksi bertemu Filipina tempoh hari.

Percaturan itu dilihat membuahkan hasil dimana barisan pemain negara mempamerkan corak permainan kemas dan menguasai permainan walaupun beraksi di permukaan padang yang kurang memuaskan.

Skuad negara memberikan ancaman seawal minit ketujuh menerusi sepakan percuma Safawi Rasid. Namun, percubaan pemain sayap itu ditepis keluar penjaga gol, Mehdi Khalil.

Jaringan yang dinantikan kem Malaysia hadir pada minit ke-32 apabila Romel Morales menyempurnakan peluang dalam kawasan penalti selepas menerima umpanan Endrick Dos Santos memisahkan kedua-dua pasukan.

Malaysia mendapat peluang untuk menambah jaringan kedua pada masa kecederaan tetapi percubaan Matthew Davies selepas beliau melakukan larian ke dalam kawasan penalti tersasar set

Awal babak kedua, Pau Marti membawa masuk Arif Aiman dan Akhyar Rashid untuk memberikan tenaga dan idea baharu buat jentera serangan skuad negara.

Arif menggunakan kelebihannya dalam melepasi kawalan lawan dalam kawasan penalti tetapi rembatannya berjaya diselamatkan Mehdi pada minit ke-52.

Lima minit kemudian, Arif melorongkan bola dengan cantik kepada Akhyar tetapi percubaan leretnya diselamatkan Mehdi ketika situasi satu lawan satu.

Lubnan yang sesekali memberikan ancaman mendapat peluang terbaik pada minit ke-67, namun tandukan Karim Darwiche dinafikan penjaga gol skuad negara, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Lubnan tertekan ketika aksi memasuki minit ke-80 selepas pemain pertahanan, Khalil Khamis diperintahkan keluar padang ekoran kad kuning kedua diterimanya.

Kedudukan 1-0 itu kekal hingga tamat permainan untuk Malaysia menamatkan penantian kali terakhir skuad negaramuncul juara Pestabola Merdeka pada edisi 2013.