Hanya sasaran satu pingat emas yang ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Sukan Olimpik Paris 2024 bersesuaian dengan matlamat penubuhan Jawatankuasa Road To Gold (RTG).
Menurut menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, sasaran itu dilihat lebih realistik untuk diraih menerusi sukan berbasikal trek dan badminton.

Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
Tambahan pula, Malaysia tidak pernah memenangi pingat emas olimpik dan Sukan Olimpik Paris 2024 menjadi medan untuk mencapai impian itu.
“Saya sudah jawab banyak kali, sasaran kita untuk Sukan Olimpik kali adalah satu pingat emas, itu adalah sasaran sejak penubuhan Jawatankuasa Road To Gold (RTG).
“Jawatankuasa RTG seperti yang kita telah jawab banyak kali adalah untuk dua kitaran Sukan Olimpik iaitu untuk Paris 2024 dan Los Angeles 2028, sebab itu kita membuat persiapan sekarang untuk membantu atlet-atlet Fast Track dalam skuasy dan juga terjun sebagai persiapan, bukan sahaja untuk Paris (2024) tetapi Los Angeles (2028) sudah bermula,” kata Hannah.
Menteri Belia & Sukan, YB Hannah Yeoh umum sasaran 1 Emas buat kontinjen Malaysia di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Laporan penuh di Nadi Arena 7.30 malam ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/zZ9Yg7icFC
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) July 9, 2024
Ketika Sukan Olimpik di Rio, Brazil tahun 2016, Malaysia membawa pulang empat pingat perak serta satu pingat gangsa menerusi acara badminton, terjun dan berbasikal trek.
Namun, Hannah menafikan pihaknya tidak mahu pingat perak atau gangsa sebaliknya menyasarkan untuk meraih pingat emas buat kali pertama dalam sejarah.
“Bukan kita tak nak gangsa, bukan kita tak nak pingat perak tetapi hasrat negara adalah untuk kita melihat Malaysia dapat satu pingat emas, oleh sebab itu, sasaran kita satu pingat emas,” jelasnya.