Sebuah video berdurasi beberapa saat di laman TikTok yang menunjukkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegur menteri yang berjanji untuk menaiktaraf kelengkapan latihan tentera. Selain itu, Sultan Ibrahim turut mempersoal kepada bekas menteri yang ada ketika itu, ‘Mana janji-janji dato?’
Video tersebut yang turut tular di Twitter merakam ucapan Sultan Ibrahim yang ketika itu seperti menghadiri satu upacara rasmi melibatkan tentera. Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, video tersebut diambil pada 2017.
Nak tengok tahap barai mana isu pertahanan negara kita, boleh lihat video ni, baru yang ni belum yang lain. pic.twitter.com/HR31yHm8RV
— GOONS (@goonszul) June 7, 2022
Bagaimanapun, video yang tular tersebut telah mendapat sokongan kumpulan masyarakat yang berada di media sosial.
“Saudara-saudari sekalian, semenjak saya menjadi kolonel komandan regimen gerak khas 7 tahun yang lalu. Saya telah dengar banyak janji-janji yang ditaburkan oleh menteri, timbalan menteri dan ketua angkatan tertinggi tentera. Namun malangnya sehingga ke hari ini masih ada janji-janji yang belum ditunaikan.
“Pada hari ini saya nak tanya lagi, mana diving pool ataupun kolam renang untuk latihan meyelam yang sepatutnya dibina di kem ini. Malah saya juga dijanjikan sebuah istana yang dijanjikan untuk dibina dalam kem iskandar. Bayangnya pun saya belum nampak. Saya rasa bekas menteri pertahanan masa itu, kalau tidak silap saya, (tidak jelas) Latiff. Mana janji-janji dato?
“Saya harap pemimpin yang ada pada hari ini akan bertanggungjawab untuk mengotakan janji-janji yang telah dibuat,” titah baginda Sultan Johor sambil disambut sorakan sokongan, “Betul-betul.”
Netizen yang menonton kebanyakannya turut bersetuju dengan apa yang dititahkan oleh Sultan Ibrahim. Walaupun ucapan ini sudah lama, namun akar masalahhya tetap sama. Kebanyakan janji masih gagal dipenuhi oleh mereka yang memegang tampuk pimpinan sehingga sekarang.
Video ni pada tahun 2017, lepas Sultan dah bising terus dapat peruntukan khas untuk naik taraf kelengkapan GGK 50 Juta. Tapi tu la BN jatuh pula lepas tu haha
— GOONS (@amyzulhel) June 7, 2022
Sultan johor bagi memang direct, takda tapis tapis hahaha 👍 https://t.co/MTTtzW5cEl
— Aiman. (@aimnsykir) June 7, 2022
negara2 lain kat asia tenggara ni dh bnyk belu dn modernize army dia tp kita msh lg kata membazir duit beli atau buat alat pertahanan negara…
nmpak sgt negara dn rakyat kita sgt complacent smpai china ceroboh bnyk kali pun tk buat apa2— Abdul Malik Ayob (@ayob_malik) June 7, 2022
Selepas Sultan Johor bising akhirnya
Kerajaan peruntukan RM 50 Juta untuk GGK pada waktu itu
Kerajaan ni kena kita desak baru nak buat
Sbb apa sbb pertahanan ni depa tak nampak akan bawak undi kan https://t.co/6JEOXxhscK
— Irfan_newboys🇲🇾🇵🇸🏳️🏴 (@Marchfoward) June 8, 2022
memang patut kene setepek depan muka camtu
— M I L L E R (@Spetsnaz_Knight) June 7, 2022
Sultan Johor buktikan beliau seorang yang sempoi dan berjiwa rakyat. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.
Sultan Johor Buktikan Baginda Seorang Yang Sempoi Dan Mesra Rakyat
Sultan Johor Pemegang Saham Individu Kedua Terbesar 7-Eleven
Kini Bergelar ‘Dato’, Perdana Menteri Singapura Dan Isteri Terima Darjah Kebesaran Tertinggi Johor