Manchester City berpotensi untuk ditendang keluar bukan sahaja dari Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi dari semua kejohanan sekiranya didapati bersalah melanggar peraturan kewangan.

Perbicaraan terhadap 115 dakwaan pelanggaran peraturan kewangan Liga Perdana bermula pada awal minggunini dengan City dituduh melakukan pelanggaran kewangan selama sembilan tahun dari 2009.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

EPL mendakwa City gagal untuk memberikan dokumen yang lengkap mengenai kewangan kelab selain bayaran gaji yang diterima oleh pemain dan pengurus kelab.

Siasatan dicetuskan oleh akhbar Jerman iaitu Der Spiegel yang menerbitkan dokumen Football Leaks pada 2018 dimana dokumen itu menunjukkan City dituduh menyalurkan wang daripada pemilik kelab melalui penaja di Emiriah Arab Bersatu.

Ramai beranggapan hukuman paling berat menanti Manchester City adalah penyingkiran, dengan potongan mata dan denda, tetapi kini memandangkan proses perbicaraan telah dimulakan, The Telegraph mendakwa kelab itu boleh ditendang keluar dari semua kejohanan yang mereka sertai.

Sebelum ini, terdapat laporan yang mana pemegang taruh dalam EPL tidak bersetuju sekiranya City hanya dijatuhkan hukuman pemototongan mata sekiranya kelab itu didapati bersalah.

Kelab lain mahu juara bertahan itu disingkirkan dari saingan EPL kerana kesalahan yang dilakukan dianggap terlalu serius.

Fasal 31 peraturan Piala FA menyatakan: ‘Jika kelab yang menyertai pertandingan tetapi kemudiannya disingkirkan daripada liga di mana ia bertanding (atau perlawanan liganya digantung), Lembaga Permainan Profesional (PGB) boleh mengeluarkan kelab daripada pertandingan itu.’

Lebih memburukkan lagi keadaan, penglibatan mereka dalam Liga Juara-Juara, sekiranya didapati bersalah atas pelanggaran peraturan, nampak tidak memihak kepada City – walaupun peraturan pertandingan sedikit lebih rumit.

Kelab memerlukan lesen dari UEFA untuk mengambil bahagian dalam kejohanan dan Liga Perdana, UEFA, dan FA semuanya mempunyai suara dalam pentadbiran lesen ini.