Erik Ten Hag memuji Manchester United sebagai pasukan yang sukar dikalahkan oleh lawan mereka.

The Reds Devils membawa pulang 1 mata dari markas Fenerbahce pada aksi ketiga UEL.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Membuatkan mereka kini hanya mengutip 3 mata daripada 3 perlawanan mereka setakat ini.

Pengurus United itu menyatakan bahawa taktikal mereka adalah baik baik sahaja. Cuma agak tumpul di hadapan gol.

Selain itu Ten Hag juga menganggap kesilapan ketika bertahan dan bolos agak mengecewakan mereka.

Namun secara keseluruhan dia berpuas hati dengan United yang kental dan sukar dikalahkan lawan mereka. Dan hasil daripada keputusan yang mereka capai ini bakal menjadi motivasi mereka menjelang aksi Liga Perdana Inggeris menentang West Ham United.

Ten Hag berkata: “Apabila kami mendapat 2 mata di Porto dan Fenerbahçe dalam aksi away, itu bukti bahawa kami adalah pasukan yang sukar dikalahkan.

“Dan kami boleh menjadikan ini sebagai motivasi kami dalam aksi liga selepas ini menentang West Ham.”

Ten Hag kemudian mahukan anak buahnya mendapat 3 mata penuh pada aksi seterusnya di tempat sendiri, supaya mereka dapat mara ke pusingan seterusnya.

Kerana menurutnya, itu memang matlamat mereka dalam pertandingan eropah musim ini.