Manchester United tidak menunggu lama pada tahun ini dengan memperkenalkan jersey ketiga atau third sempena penggunaan musim 18/19 di English Premier League.
Untuk pengetahuan anda, jersey biru tua yang ditampilkan pada kali ini diinspirasikan daripada jersey Manchester United pada tahun 1968 sempena tahun ke-50 kelab ini berjaya memperoleh kejuaraan Eropah yang pertama.
Lebih menarik, adidas turut berkolaborasi bersama Ocean Parley Plastic untuk menghasilkan jersey yang dibuat daripada bahan kitar semula ini. Anda boleh tonton lihat jersey yang baru sahaja dilancarkan ini digayakan oleh para pemain.