Umum ramai mengetahui Pulau Pinang merupakan salah satu ‘syurga makanan’ di Utara semenanjung Malaysia. Ramai orang sanggup memandu berjam-jam untuk menikmati makanan ada di pulau itu.
Bagaimanapun disebabkan kekurangan ruang parkir kenderaan menyebabkan ramai orang terpaksa meletakkan kenderaan mereka di tepi bahu jalan buat sementara waktu.
Baca Juga:
- Pernah Tular Perlekeh Warga Langkawi, Usahawan Gelabah Kereta Lamborghini Dinaiki Air Banjir
- Founder Produk ‘Menyesal’ Beli Lamborghini Kerana Hanya Muat Simpan RM2 Juta Dalam Bonet
- Masuk Langkawi Mahu Tayang Lamborghini, Dua ‘Founder’ Jadi Bahan Tawa Penduduk Setempat
Pada 12 Februari lalu, seorang pemilik Lamborghini Huracán Novitec Novara bernasib kurang baik apabila keretanya telah dirosakkan oleh seorang lelaki dipercayai kurang siuman semasa meletakkan kereta tersebut bersebelahan perhentian bas.
Menurut laporan Sin Chew Daily, pemilik Lamborghini itu pergi ke ‘gerai nasi ekonomi’ berhampiran untuk makan tengah hari.
Tidak lama kemudian, seorang lelaki dalam lingkungan 40-an menaiki basikal menuju ke Lamborghini dan turun ke dalam kemarahan apabila dia melihat kereta itu berada di situ.
Pada masa sama dia juga dilihat membuat kecoh apabila menyedari beberapa orang yang melihatnya dan mengadu kepada mereka tentang kesalahan kereta mewah itu diletakkan di situ.
Kemudian lelaki itu bertindak luar batasan apabila dia memijak bampar hadapan sambil menjerit secara tidak jelas dan menunjukkan isyarat marah.
Dalam satu video lain pula menunjukkan cermin sebelah kanan dipatahkan sehingga jatuh terjuntai.
Kejadian yang berlaku pada pukul 3 petang itu telah menarik perhatian orang awam dan pemilik kereta segera menghubungi polis selepas melihat keadaan Lamborghini itu.
Pemilik kereta turut meminta seutas tali daripada kedai untuk mengikat cermin sisi yang sudah tercabut dan terus meninggalkan tempat kejadian.
Menurut portal Sin Chew Daily lagi, polis telah menahan lelaki yang didakwa kurang siuman itu dan melepaskannya pada malam yang sama.