Lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sempat meminati bola sepak dan pernah bermain bersama kawan-kawan semasa kecil.
Menerusi kenyataan di laman instagramnya, Chong Wei berkongsi kisah masyarakat yang hidup aman damai tanpa mengira kaum sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 semalam.

Baca Juga:
Menurutnya, kekuatan Malaysia boleh dilihat dalam sukan bola sepak dimana semua kaum berganding bahu memainkan peranan masing-masing untuk mendapatkan kemenangan demi negara.
“Masa kecik dulu, aku ni minat main bola gak. Kasut jadi tiang gol. Entah kenapa formasi kita sudah ditetapkan,bagai wahyu. Haha.
“Kawan-kawan Melayu yang lincah main striker atau playmaker. Kawan India yang kaki marathon main winger. Yang Cina main midfield. Yang defend tak kisah kaum. Yang tak boleh lari sangat tapi pandai belajar, nerd… dialah defend. Yang keeper biasalah, Mr Big Show kelas.
“Tula kita masa main bola. Berganding bahu untuk menang. Biasanya main sampai tak tahu malam. Tetiba laungan Maghrib tiba barulah semua berlari balik bagai lipas kudung. Semua takut ibu tak kisah ibu India, Melayu, Cina, bumiputera atau mat salleh.
“Aku biasanya budak terakhir tinggalkan padang bersama Abeed dan Nagentheran. Aku pemilik bola. Abeed dan Nagentheran pemilik kasut tiang gol,” tulisnya di instagram.
Pemenang pingat perak dalam tiga edisi Sukan Olimpik yang kini berusia 41 tahun itu, menyifatkan semua kaum perlu bersatu padu menjadikan Malaysia kuat dan berdaya saing.
“Malaysia paling kuat apabila semua kaum bersama. Kami bersorak untuk sukan. Kami memaki hamun sesiapa yang kutuk makanan Malaysia.
“Malaysia paling kuat apabila semua kaum bersama. Kami bersorak untuk sukan. Kami memaki hamun sesiapa yang kutuk makanan Malaysia.
“Kalau badan terkeluar darah, kita sama je. Mana ada darah Cina, Melayu ke India. Semua darah merah jenis A,B,AB atau O.
“Tapi yang pasti, darah kita semua pasti pernah tertumpah di negara ini. Kita sebenarnya sangat sayang negara kita ni. Selamat Hari Kebangsaan, Malaysia tersayangku,” katanya.
Mesej baik yang disampaikan oleh Lee Chong Wei itu membuatkan warga maya terharu dan memahami rakyat tentang pentingnya kekuatan perpaduan kepada semangat Malaysia