Selepas 15 individu ditahan dan diambil keterangan berhubung masak mi segera di stesen minyak baru-baru ini, empat daripadanya mengaku bersalah.
Mereka terdiri daripada seorang pembantu pergigian dan ejen hartanah mengaku bersalah di Mahkamah Bentong hari ini atas pertuduhan mendatangkan bahaya kepada orang lain, lapor Buletin TV3.
Baca Juga:
- Hakim Mahkamah ‘Ceramah’ Tertuduh Masak Mi Segera Di Stesen Minyak
- 10 Lelaki, 5 Wanita Masak Mi Segera Di Stesen Minyak Dah Kena Tahan
- Pak Cik Shell Kongsi Sebab Tak Boleh Masak Mi Segera Di Stesen Minyak
Majistret Nadhratun Naeiem Zainan mengarahkan kesemua tertuduh membayar denda RM500.
Empat individu termasuk seorang pembantu pergigian dan ejen hartanah mengaku bersalah di Mahkamah Bentong hari ini atas pertuduhan mendatangkan bahaya kepada orang lain. pic.twitter.com/UTCrViiBVo
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) May 21, 2024
Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh iaitu Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran Ji, 24; Nurfatin Irdina Shahrulnizam, 24; Nur Anis Salleh, 24; dan Nur Azira Azman, 23, pada 12 Mei lebih kurang jam 1.30 pagi didakwa memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak di Taman Cendawan, Genting Highlands, yang merupakan satu perbuatan sebegitu gopoh hingga membahayakan keselamatan diri orang lain.
Pendakwaan dijalankan Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid, sementara kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Sebelum ini tular satu klip video dimuat naik salah seorang ahli ‘geng healing‘ di mana mereka berseronok masak dan makan mi segera di kawasan stesen minyak.
Video tular itu mengundang marah netizen dan mendapat teguran daripada Pak Cik Shell sendiri.