Pada minggu lalu sekumpulan individu telah didenda selepas memasak mi segera di stesen minyak.
Walaupun hukuman itu juga dianggap sebagai satu pengajaran buat orang ramai agar tidak mengulangi kesalahan itu lagi, bagaimanapun masih ada yang berani memasak di kawasan mudah terbakar itu.
Baca Juga:
- Tak Tahan Lapar Punca ‘Geng Honda’ Masak Mi Segera Di Stesen Minyak
- Hakim Mahkamah ‘Ceramah’ Tertuduh Masak Mi Segera Di Stesen Minyak
- Masak Mi Segera Di Stesen Minyak: Empat Individu Didenda RM500
- Geng Honda Bangga Tayang ‘Healing’, Masak Mi Segera Dekat Stesen Minyak
Baru-baru ini semasa sambutan perayaan masyarakat tempatan di Sabah telah berlangsungnya satu acara perjumpaan peminat automotif di sana.
Apa yang mengejutkan netizen apabila ada sekumpulan individu memasak kambing gril dan Roti John untuk dihidangkan kepada pengunjung yang datang di stesen minyak itu.
Netizen turut mempersoal adakah mereka akan didenda seperti mana individu-individu yang masak mi segera di stesen minyak Genting Highlands pada minggu lalu.
Menerusi satu komen Facebook, difahamkan operasi stesen minyak itu ditutup sepenuhnya semasa acara itu berlangsung.
“Semua motor dalam tangki dan pam telah dihentikan operasinya. Sumber elektrik yang disalurkan pada pam dan tangki juga sudah ditutup.
“Keselamatan semua pelanggan adalah keutamaan kami,” petik komen dikongsikan Facebook Grill Patio.
Sementara itu, anda boleh baca di sini penjelasan daripada Pak Cik Shell mengapa orang ramai dilarang masak di sekitar kawasan stesen minyak.